• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Ahad, 12 Julai 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Pegawai-pegawai kanan JAKIM bersama Pengarah Pop Meals, Nursuriani Tajul Azhar (dua dari kiri), Pengurus Kualiti Halal, Syahida Wahid Udin (dua dari kanan), dan Eksekutif Halal, Ainna Sofia Zamri (pertama dari kiri), semasa majlis sambutan tersebut

    Pop Meals meraikan pensijilan halal melalui majlis rasmi di outlet Pantai Hospital

    Malaysia Airlines Shenzen

    Malaysia Airlines perluas rangkaian ke China, perkenal laluan terus ke Shenzhen dan Changsha

    SearchInform buka pejabat perwakilan tempatan di Kuala Lumpur

    SearchInform buka pejabat perwakilan tempatan di Kuala Lumpur

    Industri perbankan mansuh caj ATM RM1

    Industri perbankan mansuh caj ATM RM1 dan perkenal Kad Kredit Asas 14 peratus

    Omar sedang membuat tinjauan keadaan semasa serta impak gempa bumi. Gambar oleh Islamic Relief Malaysia.

    2,295 terkorban dalam gempa bumi, puluhan ribu keluarga di Venezuela perlu bantuan segera

    MATTA mengumumkan kepulangan MATTA Muslim Friendly Travel Fair (MFTF) 2026 di WTC KL untuk memenuhi lonjakan permintaan pasaran pelancongan mesra Muslim global.

    MATTA anjur semula MFTF 2026 susulan lonjakan permintaan pakej pelancongan mesra Muslim

    Dato’ M. Nasir menghangatkan pentas utama pada hari pertama Rainforest World Music Festival (RWMF) 2026 di Kampung Budaya Sarawak.

    RWMF 2026 berakhir, rai perkongsian budaya dan kelestarian hutan hujan

    Gambar hiasan dihasilkan menggunakan Gemini AI

    ONSA lindung ruang siber, jamin keselamatan negara

    Kadar Kelahiran Menurun: Ancaman Kelestarian Ekonomi Malaysia

    Kadar kelahiran menurun ancam kelestarian ekonomi negara

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • All
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    Didie Shazry, Kris Dayanti, Sheila Majid, Andi Rianto, Nadhif Basalamah dan Tulus di Malam Jejak Nada, Hotel St Regis, Jakarta. Foto: Affendi Mohd Yop

    Jejak Nada menyatukan muzik, hospitaliti dan persahabatan serantau di Jakarta

    Pesta Durian Hub 2026 Kembali di Palm Garden Putrajaya

    Pesta Durian Hub 2026 kembali mewarnai Palm Garden Hotel Putrajaya

    Prof. Dato’ Chef Zam, berkata buku itu bukan sekadar buku masakan, tetapi dokumentasi budaya yang merakam sejarah, identiti, dan cara hidup masyarakat Terengganu.

    Sedap Do’oh rakam khazanah kulinari Terengganu untuk generasi muda

    (Gambar hiasan) Perlawanan Cape Verde (jersi putih) melawan Uruguay (jersi merah) yang berlangsung di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida pada 21 Jun 2026 semasa kejohanan Piala Dunia 2026. Gambar oleh Whoisjohngalt/Wikipeda. Gambar ini berada di domain awam Wikimedia dengan lesen Creative Commons CC0 1.0.

    Piala Dunia 2026: Jerman dan Belanda tersingkir di Pusingan 32, Argentina terselamat daripada kejutan

    Gambar hiasan oleh Kerde Severin/Unsplash

    Sony henti pengeluaran cakera fizikal PlayStation mulai 2028

    5 filem paling dinantikan bulan Julai ini!

    Mewakili Renaissance Johor Bahru Hotel, Hezrin Ali, Penolong Pengarah Komunikasi Pemasaran (kedua dari kiri), bersama Muhammad Syafiffi Tahir, Chef Eksekutif (kedua dari kanan), menerima anugerah Restoran Terbaik (Best Restaurant) bagi pihak Café BLD bersempena Anugerah Makanan Majestic Johor 2026.

    Café BLD restoran terbaik di Johor 2026

    Renaissance JB - Aksi di Stesen Teh Tarik di Cafe BLD

    Hotel Renaissance Johor Bahru perkenal pakej keluarga sempena cuti sekolah

    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Home Rencana Keluarga

Anak Tadika perlukan cerita, bukan tekanan

Dr Norazly Nordin by Dr Norazly Nordin
Julai 30, 2025
in Keluarga
Reading Time: 6 mins read
0 0
0
reading book
Share on FacebookShare on Twitter

Hendak dijadikan cerita, ada satu ketika saya berpeluang melawat salah sebuah tadika di sebuah kawasan bandar untuk menilai pelajar saya yang sedang menjalani latihan praktikum. Kunjungan itu berlaku seawal jam 8.00 pagi. Suasana agak tenang; kanak-kanak mula tiba, menanggalkan kasut dan menyusun beg mereka di rak yang disediakan.

Namun, sejurus sahaja semua duduk di ruang kelas, guru terus memberi arahan.

“Baiklah semua keluarkan buku kerja yang cikgu bagi semalam. Cikgu nak tengok kerja rumah yang cikgu suruh siapkan di rumah.”

ADVERTISEMENT

Kelihatan beberapa kanak-kanak kebingungan. Seorang kanak-kanak lelaki mengangkat tangan dan berkata dengan nada perlahan.

“Saya tertinggal buku di rumah, cikgu.”

Guru membalas dengan suara yang agak tegas.

“Macam mana nak belajar hari ini kalau buku kerja pun tertinggal? Itu penting tahu?”

Saya terdiam seketika. Beginikah permulaan hari seorang kanak-kanak prasekolah? Dengan tekanan, rasa bersalah, dan ketakutan kerana tidak membawa sebuah buku kerja?

Pengalaman ini mencerminkan satu realiti yang semakin membimbangkan dalam sistem pendidikan awal negara kita iatu penekanan yang keterlaluan terhadap prestasi akademik melalui penggunaan buku kerja.

Sedangkan kajian perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak pada usia 4 hingga 6 tahun lebih memerlukan persekitaran yang membina emosi, menggalakkan imaginasi, dan merangsang komunikasi. Bukan suasana bilik darjah yang menekan mereka dengan tugasan bertulis setiap hari.

Sebenarnya telah banyak kritikan pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak tentang penggunaan buku kerja di prasekolah. Pakar berpendapat bahawa penggunaan meluas lembaran kerja bertulis tidak seiring dengan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak prasekolah.

Pakar juga turut menekankan bahawa penggunaan buku kerja yang tidak menepati prinsip amalan yang sesuai dengan perkembangan, dan tumpuan akademik secara formal terlalu awal boleh menjejaskan keseimbangan emosi dan sosial kanak-kanak.

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Pada hemat saya terdapat beberapa sebab yang datangnya dari pelbagai pihak yang menyumbang kepada perkara ini.

Pertama kita lihat dari sudut kurikulum. Kurikulum yang menekankan kemahiran akademik pada peringkat awal dan jurang antara kurikulum di prasekolah dan sekolah rendah juga amat ketara.

Keadaan ini menuntut kanak-kanak untuk harus boleh membaca, menulis dan mengira sebelum menginjak sekolah rendah. Atas tuntutan ini, kanak-kanak perlu dilatih dari awal untuk menguasai kemahiran akademik ini bermula dari prasekolah lagi dan latih tubi menggunakan buku kerja adalah jalan mudahnya.

Kedua, pemahaman masyarakat awam terutama ibu bapa tentang pembelajaran kanak-kanak di prasekolah juga menjadi penyumbang kepada masalah ini. Terdapat ibu bapa yang beranggapan “adanya buku kerja bermaksud anak sedang belajar, tiada buku kerja maksudnya anak tidak belajar.”

Mereka mahu melihat anak “ada hasil” yang boleh dibawa pulang dan lembaran buku kerja memenuhi harapan itu. Tidak hairanlah ada ibu bapa sanggup berbelanja besar semata-mata untuk membeli buku-buku latihan yang terdapat di pasaran.

Sebab yang ketiga datangnya dari faktor guru itu sendiri. Terdapat guru yang beranggapan mereka perlu menyiapkan murid untuk tahun satu, jadi mereka menekankan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) seawal prasekolah. Mereka khuatir dipersalahkan sekiranya ada kanak-kanak yang masih belum menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.

Sementara itu, terdapat segelintir guru beranggapan bahawa menggunakan buku aktiviti memudahkan perancangan pengajaran mereka kerana sudah tersedia lembaran kerja yang siap guna. Situasi ini membantu mereka menjimatkan masa serta usaha dalam menyediakan bahan bantu mengajar.

ArtikelBerkaitan

Kurangkan gajet, lebihkan aktiviti bermakna

Kecerdasan emosi pupuk disiplin murid

Ibu bapa bertanggungjawab atas kelakuan anak-anak

Selain itu, buku aktiviti yang terdapat di pasaran sering disusun mengikut kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), sekali gus membantu mereka dalam memastikan pengajaran menepati kehendak kurikulum. Walhal tidak semua guru berkesempatan untuk mengikut latihan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang bersesuaian dengan perkembangan.

Buku bergambar: kunci pembelajaran awal yang bermakna

Berbanding buku kerja, buku bergambar menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih kaya dan sesuai dengan tahap perkembangan awal kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan buku bergambar secara berterusan meningkatkan kosa kata, pemahaman emosi, dan kemahiran komunikasi kanak-kanak sebanyak 23% berbanding penggunaan pendekatan akademik berasaskan latihan bertulis.

Lebih daripada sekadar bahan bacaan, buku bergambar berfungsi sebagai alat pedagogi merentas kurikulum yang menyokong perkembangan sosial, emosi, bahasa, sains awal, dan nilai murni. Tema-tema dalam buku bergambar seperti persahabatan, empati, keberanian dan kepelbagaian budaya dapat membantu kanak-kanak memahami perasaan diri dan orang lain, sekali gus membentuk sahsiah dan kesedaran sosial yang tinggi.

Sebuah program di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Reach Out and Read mendapati bahawa pendedahan kepada buku cerita turut meningkatkan kemahiran sosial-emosi dan tumpuan kanak-kanak dalam jangka panjang.

Justeru, integrasi buku bergambar dalam pengajaran prasekolah bukan sahaja memenuhi prinsip perkembangan kanak-kanak, tetapi juga mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan, bermakna dan bersifat membina, berbanding pendekatan pengajaran berasaskan latihan bertulis semata-mata.

Cadangan ke arah reformasi pendidikan awal

1.    Kurangkan peranan buku kerja dalam kurikulum harian

Buku kerja seharusnya digunakan secara terhad dan selektif, hanya apabila sesuai untuk mengukuhkan konsep yang telah dipelajari secara aktif. Di Finland, sistem pendidikan awal mereka tidak menekankan kerja bertulis formal, sebaliknya mengutamakan aktiviti bermain, bercerita, dan penerokaan. Ini terbukti menghasilkan kanak-kanak yang lebih bermotivasi dan berdaya fikir tinggi apabila memasuki pendidikan formal. Guru di sana hanya memperkenalkan aktiviti bertulis apabila murid menunjukkan minat dan kesiapsediaan secara semula jadi.

2.    Wujudkan sesi bercerita dan pembacaan interaktif setiap hari

Amalan pembacaan bersama yang berstruktur dapat meningkatkan interaksi bahasa dan pemahaman cerita. Di Amerika Syarikat, program Dialogic Reading yang dijalankan di prasekolah awam telah menunjukkan peningkatan signifikan dalam kosa kata dan kefahaman kanak-kanak. Dalam sesi ini, guru tidak hanya membaca cerita tetapi juga mengajak kanak-kanak bertanya, meneka, dan berinteraksi dengan kandungan buku. Sesi ini akan mampu menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

3.    Latih guru dalam penggunaan buku bergambar

Guru perlu diberi latihan profesional tentang cara memilih buku bergambar yang berkualiti, teknik membaca dengan ekspresif, dan cara merancang aktiviti berasaskan cerita. Di New Zealand, pendidikan awal yang berasaskan pendekatan Te Whāriki menekankan penggunaan naratif dan cerita dalam mengukuhkan identiti, bahasa, dan budaya kanak-kanak. Guru-guru mereka diberi latihan intensif tentang bagaimana mengintegrasikan buku bergambar ke dalam tema harian, termasuk sains, emosi dan literasi.

4.    Libatkan ibu bapa dalam pembacaan di rumah

Program Bookstart di United Kingdom memberi contoh terbaik bagaimana pembacaan awal di rumah boleh disokong secara sistematik. Setiap bayi menerima pakej buku bergambar percuma, dan ibu bapa digalakkan untuk membaca sejak bayi. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengikuti program ini lebih bersedia untuk sekolah dari segi literasi dan tumpuan. Sekolah dan guru juga boleh memainkan peranan dengan memberi cadangan buku bergambar yang sesuai dan menyokong ibu bapa dalam membentuk rutin membaca di rumah.

Pendidikan awal harus membina, bukan membebankan

Kanak-kanak bukanlah ‘pelajar kecil’ yang perlu duduk diam mengisi buku setiap hari. Mereka adalah penjelajah kecil yang ingin tahu, suka bertanya, dan belajar melalui pengalaman. Buku kerja mungkin mudah diselia, tetapi buku bergambar menjadikan dunia mereka lebih hidup dan bermakna.

Sudah tiba masanya kita membina semula pendekatan pendidikan awal yang lebih berasaskan kasih sayang, keseronokan dan pembelajaran yang benar-benar sesuai dengan dunia kanak-kanak. Dan semua itu boleh bermula dengan satu cerita, dari satu buku bergambar.

Dr Norazly Nordin merupakan Penolong Professor di Tunku Abdul Rahman University of Management & Technology (TARUMT) Cawangan Sabah
Dr Norazly Nordin
Penolong Professor at Tunku Abdul Rahman University of Management & Technology (TARUMT) Cawangan Sabah

Dr Norazly Nordin merupakan seorang Penolong Professor di Tunku Abdul Rahman University of Management & Technology (TARUMT) Cawangan Sabah serta ahli jawatankuasa eksekutif Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (IBBY Malaysia).

    Tags: pendidikan awal
    ShareTweetShareSend
    ADVERTISEMENT
    Previous Post

    ikhlas.com perkenal pendekatan baharu dalam pelancongan mesra Muslim

    Next Post

    Kebuluran merebak ke seluruh Gaza, rakyat Gaza semakin merana

    Artikel Berkaitan

    Gambar hiasan oleh Leandro Callegari - Unsplash
    Keluarga

    Cabaran penjagaan warga emas, keperluan paliatif dan geriatrik, serta hala tuju masa depan

    Jun 3, 2025
    77
    New school year
    Keluarga

    Preparing for the new school year

    Februari 13, 2025
    16
    Gambar hiasan oleh Fotos - Unsplash
    Keluarga

    Ibu bapa seharusnya bantu anak-anak tangani insiden buli

    September 23, 2025
    34
    Next Post
    Antara bantuan kecemasan terbesar Islamic Relief di Gaza ialah agihan makanan panas kepada penduduk terjejas. Gambar: Islamic Relief.

    Kebuluran merebak ke seluruh Gaza, rakyat Gaza semakin merana

    Banglo - Jenis D. Elysian direka khas untuk pembeli yang mengutamakan privasi, keselesaan dan gaya hidup tenang.

    S P Setia lancar Elysian, kediaman terhad banglo dan berkembar mewah berkonsep e-Green di Kajang

    Pengumuman itu dibuat semasa Mesyuarat Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan ASEAN (ASEAN NTOs) dan Mesyuarat Berkaitan yang sedang berlangsung di Boracay, Filipina.

    MOVE lancar kempen “Explore Asean” SNAP! sempena Hari ASEAN

    Tinggalkan Balasan Batal balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

    Ikuti Kami

    • 1.3k Followers

    Disyorkan

    Tan Sri Annuar Musa

    Annuar: Sambutan Hari Kebangsaan di peringkat komuniti boleh dipertingkat

    4 tahun ago
    8
    Pameran Spatial Creative – Ceramic Zone kini berlangsung di Aras 1, Balai Seni Negara sehingga 30 April 2026.

    Balai Seni Negara pamer 39 karya seramik kontemporari hasil residensi 10 seniman

    7 bulan ago
    47
    Proton signs deal to sell smart EVs in Malaysia, Thailand

    Proton signs deal to sell smart EVs in Malaysia, Thailand

    4 tahun ago
    8
    Kumpulan Lembaga Pengarah daripada semua entiti Capital A, AirAsia X dan AirAsia Aviation Group Limited. Dari kiri: Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Dato’ Abdul Mutalib Alias, Tan Sri Tony Fernandes, Brigadier General (R) Dato' Fadzillah Abdullah, Datuk Fam Lee Ee, Datuk Kamarudin Meranun, Dato' Abdel Aziz @ Abdul Aziz bin Abu Bakar, Dato' Mohamed Khadar Merican, Senator Datuk Dr Ras Adiba Radzi and Ms Chin Min Ming.

    Capital A capai kemajuan akhir proses penyusunan semula

    8 bulan ago
    27

    Instagram

    • Dari rintik kecil pada 2005, Hujan kini menjadi gelombang besar yang membasahi industri muzik Malaysia dan Nusantara. 🌧

20 tahun perjalanan, penuh cerita, emosi dan kenangan — kini tiba masanya untuk kita raikan bersama dalam satu malam istimewa.

🎟 Tiket mula dijual Jumaat, 10 April, 3 petang di Ticket2U
📍 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil
🗓 27 Jun 2026 | 8.30 malam

#hujan20tahun #hujan #indie #konsertlokal  #raingers
    • “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini. 

Ikhlas dari Akses Malaysia.

#Ramadan #Ramadan1447 #Ramadan2026 #AksesMalaysia
    • Selamat Tahun Baru Cina 2026 buat semua rakan-rakan yang menyambutnya! Semoga tahun Naga ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, dan kemewahan yang melimpah-ruah buat kita semua. Gong Xi Fa Cai! 
#SelamatTahunBaruCina #GongXiFaCai2026 #CNY2026 #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
    • Seluruh warga Akses Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua pembaca yang telah berjaya mencapai azam tahun lepas. Kalau tak berjaya, kita cuba lagi dengan azam tahun ini. Kalau sudah 5 tahun mencuba (ya, awak yang merancang nak diet tu), tak apalah. Jangan kawan dengan azam dah. 

Sehubungan dengan itu, dengan iltizam dan amanah baharu, mari kita sambut tahun baharu dengan lebih yakin penuh martabat.
 
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.

#AksesMalaysia #MalaysiaMADANI #MADANI #TahunBaharu2026 #2026
    • Festival Irama Asli dan Asal 2025 akan berlangsung pada 12 hingga 14 Disember di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, menampilkan warisan masyarakat Orang Asli dan Orang Asal melalui persembahan tradisi, pameran kraftangan dan muzik asli. Acara anjuran YKOA dengan sokongan MOTAC itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan usaha memulihara budaya. Festival dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Berita penuh di aksesmalaysia.my
    • Selamat Hari Malaysia! 16 September 1963 menyaksikan lahirnya Malaysia hasil penyatuan Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu. Hari ini, kita raikan semangat perpaduan serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.

…

Hari Malaysia ialah hari kebangsaan yang disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada tarikh ini, Sabah, Sarawak, dan Singapura (ketika itu) bergabung bersama Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara Malaysia. Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, tarikh bersejarah ini kekal penting kerana ia menandakan kelahiran negara Malaysia yang kita kenali hari ini.

Yang disambut pada Hari Malaysia ialah:
• Penyatuan wilayah – Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu menjadi satu negara.
• Semangat perpaduan – meraikan kepelbagaian kaum, budaya, dan agama.
• Kemerdekaan bersama – mengekalkan keamanan, kestabilan, dan kemakmuran negara.

Sejak tahun 2010, Hari Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai cuti umum di seluruh negara, sama pentingnya dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

#HariMalaysia #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
    • Tengah survey rumah untuk raya ke tu?👀 SPNB ada buat promosi raya tau sekarang ... 
hanya unit-unit terpilih saje! Boleh check dekat media social SPNB atau contact number kat bawah ni untuk maklumat lebih lanjut. Jom Raya Bergaya dengan SPNB! 🌙✨

📞: 019 379 6400
☎️: 03 7849 2038
__
#SPNB #SPNBSalesOfficial #Unitetoignite #MalaysiaMadani #AksesMalaysia #GayaTravel #CutiCutiMalaysia
    • Jemputan Eksklusif | Media Roundtable: Misi Umrah 1,000 Asnaf

Satu sesi santai bersama ikhlas.com, menampilkan Ikhlas Kamarudin & Datuk Kamarudin Meranun untuk berkongsi pandangan dan membuka peluang kolaborasi bagi misi Umrah 1,000 Asnaf inisiatif untuk membantu 1,000 individu yang layak menunaikan umrah.

Tarikh: 18 April 2025 (Jumaat)
Masa: 3:00 – 5:00 petang
Lokasi: M Resort & Hotel, Bukit Kiara

#Umrah1000Asnaf 
#MediaRoundtable
#ikhlasDotCom
#CapitalA
#KolaborasiBermakna 
#InspirasiUmrah
#CSRMalaysia
#MisiKemanusiaan 
#BersamaBantuAsnaf
#AksesMalaysia
    • 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀

Nantikan drama khas terbitan Kerajaan Negeri Selangor, sebuah karya penuh emosi yang menggambarkan perjuangan, harapan dan jati diri anak Selangor. Disulami nilai kemanusiaan dan kekuatan komuniti, drama ini mengangkat semangat rakyat yang tidak pernah luntur. Inilah kisah kita. Inilah Semangat Kita, Selangor!

𝐓𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀🎬

📅 21 April 2025 (Isnin)
⏰ 9.00 Malam
📺 RTM 2

𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor𝗠𝗮𝗷𝘂𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮
#SeniBudayaCahayaNegeri
#AksesMalaysia

    Segmen

    • Berita
      • Dunia
      • Ekonomi & Niaga
      • Kembara & Pelancongan
      • Kesihatan
      • Nasional
      • Politik
      • Sains, Teknologi & Komunikasi
      • Sekolah & Kampus
      • Sosial
      • Sukan
    • Gaya Hidup
      • Budaya
      • Kembara & Pelancongan
      • Pengajian dan Pendidikan
      • Sains, Teknologi & Komunikasi
      • Selera
      • Seni & Hiburan
      • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    • Negeri
      • Johor
      • Kedah
      • Kelantan
      • Melaka
      • Negeri Sembilan
      • Pahang
      • Perak
      • Pulau Pinang
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Rencana
      • Agama dan Moral
      • Dunia
      • Ekonomi dan Niaga
      • Gaya Hidup
      • Inspirasi
      • Isu Semasa
      • Keluarga
      • Kesihatan dan Kesejahteraan
      • Lestari
      • Pendapat
      • Pendidikan dan Kerjaya
      • Sains, Teknologi dan Komunikasi
      • Sukan

    Topik

    AEON Agoda Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Singapura Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
    No Result
    View All Result
    ADVERTISEMENT

    Sorotan Utama

    Industri perbankan mansuh caj ATM RM1 dan perkenal Kad Kredit Asas 14 peratus

    Jejak Nada menyatukan muzik, hospitaliti dan persahabatan serantau di Jakarta

    Pesta Durian Hub 2026 kembali mewarnai Palm Garden Hotel Putrajaya

    Penggunaan AI perlu berpaksikan nilai insan dan kemanusiaan

    Sedap Do’oh rakam khazanah kulinari Terengganu untuk generasi muda

    2,295 terkorban dalam gempa bumi, puluhan ribu keluarga di Venezuela perlu bantuan segera

    Trending

    Pegawai-pegawai kanan JAKIM bersama Pengarah Pop Meals, Nursuriani Tajul Azhar (dua dari kiri), Pengurus Kualiti Halal, Syahida Wahid Udin (dua dari kanan), dan Eksekutif Halal, Ainna Sofia Zamri (pertama dari kiri), semasa majlis sambutan tersebut
    Berita

    Pop Meals meraikan pensijilan halal melalui majlis rasmi di outlet Pantai Hospital

    by Akses Malaysia
    Julai 10, 2026
    0
    14

    Pop Meals secara rasmi menerima pensijilan Halal daripada JAKIM, menandakan satu pencapaian penting bagi jenama makanan tempatan...

    Malaysia Airlines Shenzen

    Malaysia Airlines perluas rangkaian ke China, perkenal laluan terus ke Shenzhen dan Changsha

    Julai 9, 2026
    14
    SearchInform buka pejabat perwakilan tempatan di Kuala Lumpur

    SearchInform buka pejabat perwakilan tempatan di Kuala Lumpur

    Julai 9, 2026
    15
    Industri perbankan mansuh caj ATM RM1

    Industri perbankan mansuh caj ATM RM1 dan perkenal Kad Kredit Asas 14 peratus

    Julai 8, 2026
    15
    Didie Shazry, Kris Dayanti, Sheila Majid, Andi Rianto, Nadhif Basalamah dan Tulus di Malam Jejak Nada, Hotel St Regis, Jakarta. Foto: Affendi Mohd Yop

    Jejak Nada menyatukan muzik, hospitaliti dan persahabatan serantau di Jakarta

    Julai 9, 2026
    76

    Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

    Ikuti kami di laman media sosial:

    ADVERTISEMENT

    Popular

    • NASI KANDAQ FEST

      10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Tradisi pelita panjut terus menyala

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

      0 shares
      Share 0 Tweet 0

    Segmen

    • Berita (1,525)
      • Dunia (48)
      • Ekonomi & Niaga (418)
      • Kembara & Pelancongan (110)
      • Kesihatan (60)
      • Nasional (584)
      • Politik (102)
      • Sains, Teknologi & Komunikasi (27)
      • Sekolah & Kampus (83)
      • Sosial (13)
      • Sukan (22)
    • Gaya Hidup (379)
      • Budaya (27)
      • Kembara & Pelancongan (143)
      • Pengajian dan Pendidikan (5)
      • Sains, Teknologi & Komunikasi (58)
      • Selera (34)
      • Seni & Hiburan (105)
      • Sukan, Rekreasi & Kecergasan (3)
    • Negeri (99)
      • Johor (5)
      • Kedah (1)
      • Kelantan (1)
      • Melaka (3)
      • Negeri Sembilan (1)
      • Pahang (2)
      • Perak (12)
      • Pulau Pinang (3)
      • Sabah (5)
      • Sarawak (15)
      • Selangor (31)
      • Terengganu (1)
    • Rencana (299)
      • Agama dan Moral (38)
      • Dunia (9)
      • Ekonomi dan Niaga (36)
      • Gaya Hidup (6)
      • Inspirasi (9)
      • Isu Semasa (49)
      • Keluarga (26)
      • Kesihatan dan Kesejahteraan (25)
      • Lestari (24)
      • Pendapat (6)
      • Pendidikan dan Kerjaya (42)
      • Sains, Teknologi dan Komunikasi (14)
      • Sukan (2)

    Berita Terkini

    Pegawai-pegawai kanan JAKIM bersama Pengarah Pop Meals, Nursuriani Tajul Azhar (dua dari kiri), Pengurus Kualiti Halal, Syahida Wahid Udin (dua dari kanan), dan Eksekutif Halal, Ainna Sofia Zamri (pertama dari kiri), semasa majlis sambutan tersebut

    Pop Meals meraikan pensijilan halal melalui majlis rasmi di outlet Pantai Hospital

    Julai 10, 2026
    Malaysia Airlines Shenzen

    Malaysia Airlines perluas rangkaian ke China, perkenal laluan terus ke Shenzhen dan Changsha

    Julai 9, 2026
    SearchInform buka pejabat perwakilan tempatan di Kuala Lumpur

    SearchInform buka pejabat perwakilan tempatan di Kuala Lumpur

    Julai 9, 2026
    Industri perbankan mansuh caj ATM RM1

    Industri perbankan mansuh caj ATM RM1 dan perkenal Kad Kredit Asas 14 peratus

    Julai 8, 2026
    Didie Shazry, Kris Dayanti, Sheila Majid, Andi Rianto, Nadhif Basalamah dan Tulus di Malam Jejak Nada, Hotel St Regis, Jakarta. Foto: Affendi Mohd Yop

    Jejak Nada menyatukan muzik, hospitaliti dan persahabatan serantau di Jakarta

    Julai 9, 2026
    • Tentang Kami
    • Dasar Privasi
    • Pengiklanan
    • Karier
    • Hubungi Kami

    © 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In

    Add New Playlist

    No Result
    View All Result
    • Utama