KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2025 — MOVE, platform agensi pelancongan dalam talian (online travel agency – OTA) tempatan yang lahir di ASEAN, hari ini melancarkan kempen “Explore Asean” SNAP! sempena sambutan Hari ASEAN yang bakal tiba.
Pengumuman itu dibuat semasa Mesyuarat Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan ASEAN (ASEAN NTOs) dan Mesyuarat Berkaitan yang sedang berlangsung di Boracay, Filipina.
Kempen “Explore Asean” SNAP! menawarkan pakej gabungan penerbangan dan hotel dengan harga berpatutan bagi menggalakkan pelancongan rentas negara Asia Tenggara secara lebih mudah, murah dan inklusif. Melalui aplikasi MOVE, pengguna juga boleh menikmati potongan sebanyak RM60* bagi tempahan SNAP! dengan menggunakan kod promosi SNAPNOW.
Sebagai OTA yang dibangunkan di ASEAN dan untuk rakyat ASEAN, MOVE menghubungkan pengguna dengan lebih 700 syarikat penerbangan, sejuta pilihan hotel, perkhidmatan penghantaran lapangan terbang, insurans perjalanan, serta tiket ke konsert dan acara sukan — semuanya dalam satu aplikasi mesra telefon pintar yang disasarkan untuk generasi baharu pelancong serantau.
Ketua Pegawai Pemasaran MOVE, Ravi Shankar berkata, kempen ini bukan sekadar tawaran pelancongan tetapi mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk menjadikan perjalanan lebih mampu milik dan bermakna.

“Matlamat kami mudah – untuk membolehkan lebih ramai orang melancong dengan kos yang lebih rendah,” jelas Ravi.
“‘Explore Asean’ bukan hanya tentang diskaun. Ia adalah satu usaha untuk membuka peluang, menghubungkan ASEAN sebagai sebuah masa depan yang bersatu.”
MOVE turut menyokong agenda pelancongan ASEAN dalam merapatkan hubungan antara negara anggota dan dunia luar. Kempen ini memperkukuh usaha ke arah pelancongan serantau yang lebih inklusif dan terbuka.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, aplikasi MOVE boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.















































