KUALA MUDA, Malaysia, 16 Dis (Bernama) — AT&S Malaysia buat julung kalinya menjalankan Program dibawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di seluruh negeri Kedah menerusi penganjuran Kem Eksplorasi Sains dan Teknologi (STEC) yang disertai seramai 160 orang pelajar dari lapan buah sekolah rendah di daerah Kuala Muda/Yan.
Program Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang dipatenkan oleh UKM ini telah diguna pakai sepanjang kem tersebut dilangsungkan.
Pendidikan Sains dan Teknologi merupakan sebahagian daripada empat teras CSR AT&S, iaitu kesukarelawan dan penyertaan Muda AT&S bagi sains dan kejuruteraan, pameran berteknologi tinggi, pembelajaran dan tindakan matlamat kemahiran dan pembangunan mampan abad ke-21.
Kem tersebut telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan SVP AT&S Malaysia, Vittorio Villari; Pengarah Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), UKM, Profesor Madya Dr Ahmad Rifqi Md Zain; dan Muhammad Fazli Bin Abu Bakar, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Vittorio berkata, “STEM adalah kunci untuk membangunkan sesebuah negara kerana kemahiran ini menyokong usaha inovasi teknologi. Kami memilih Pendidikan Sains dan Teknologi sebagai sebahagian daripada program CSR untuk mencetuskan minat dalam kalangan generasi muda dan melahirkan lebih ramai bakat yang akan menyokong keperluan industri negeri Kedah.”
Profesor Madya Dr Ahmad Rifqi Md Zain, Pengarah IMEN-UKM dalam ucapan penghargaannya berkata, “Ini merupakan kali pertama kami menjalankan Pendidikan STEM yang dipatenkan UKM luar dari negeri Selangor.
Program ini telah ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk 500 orang pelajar sekolah pada tahun 2022, sempena Minggu Sains Kebangsaan. Saya berharap para pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya program yang dilaksanakan ini.”
AT&S Malaysia merancang untuk mengadakan Kem Eksplorasi Sains dan Teknologi yang serupa di Kedah sebanyak 3 kali setahun untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar bagi mengikuti pengajian dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.