KUALA LUMPUR, 11 Mei 2026 – FWD Malaysia Holdings Sdn Bhd (FWD Malaysia) meraikan Purani A/p Verasamy sebagai pemenang hadiah utama kempen FWD Insurance Year End Giveaway yang membawa pulang sebuah kereta elektrik Proton e.Mas Prime 5.
Majlis penyampaian hadiah tersebut telah diadakan di ibu pejabat FWD Malaysia hari ini dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance bersama barisan pengurusan kanan syarikat.
Kempen Year End Giveaway tersebut telah menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada lapan orang pemenang bertuah. Selain hadiah utama berupa kereta elektrik, pemenang lain turut menerima peranti iPhone 17 Pro Max serta pelbagai barangan elektronik.
Dalam majlis yang sama, FWD Malaysia turut meraikan pemenang suku pertama bagi kempen Non-stop Rewards yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2026.
Dua pemenang bertuah, Mohamad Hafiz bin Azis dan Nurul Adawiyah binti Jaafar, masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 bagi kemenangan bulan Januari dan Februari.
Kempen Non-stop Rewards masih dibuka kepada seluruh pelanggan FWD di seluruh negara yang ingin merebut peluang memenangi hadiah wang tunai serta kredit e-dompet Touch ‘n Go. Orang ramai yang berminat untuk menyertai atau mengetahui lebih lanjut mengenai syarat penyertaan boleh melayari laman web rasmi syarikat di fwd.com.my.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.












































