Petaling Jaya, 29 Ogos 2023 — Sim Leisure Group, pembangun dan pengendali tarikan yang berasal dari Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan Haven XR Holdings Pty. Ltd., yang berpengalaman dalam industri hiburan Hollywood yang berpengkalan di Australia.
Kerjasama ini bakal membawakan HavenXR yang menawarkan pengalaman sinematik baharu yang pertama di dunia, dan dijangka bakal merevolusikan dunia hiburan yang dikenali pada hari ini.
HavenXR Centre dijadualkan akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2024 di Malaysia dan Singapura.
Pusat ini akan membawa pengalaman menonton filem sinematik immersif sepenuhnya.
HavenXR bakal mengubah cara penonton menikmati hiburan dengan menjadikan penonton lebih aktif untuk membentuk pergerakan jalan cerita, menjadikan mereka lebih daripada sekadar penonton pasif.
Kerjasama ini mewakili langkah besar dalam dunia hiburan dan akan memberi kesan kepada bagaimana filem dicipta dan ditonton.
Turut hadir dalam majlis pengumuman tersebut adalah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, Simon Fellows; Pesuruhjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia di Malaysia (AUSTRADE), Paul Sanda; dan Pro Naib Canselor Universiti Sunshine Coast Australia, Alex Elibank Murray.
Selain itu, Pengerusi Sim Leisure Group, Dato’ Sim Choo Kheng dan Ketua Pegawai Eksekutif Have XR Holdings, Tracy Whitelaw turut hadir.
Dalam kenyataan mengenai pengumuman ini, Dato’ Sim menyatakan, “HavenXR mewakili pencapaian inovasi, di mana teknologi dan kreativiti bersatu untuk menghasilkan pengalaman menonton interaktif yang sebelum ini hanya ada dalam impian – dan kini, dengan HavenXR, ia menjadi kenyataan.”
Kerjasama antara Sim Leisure Group dan Haven XR Holdings akan melibatkan kepakaran dari kedua-dua syarikat. Sim Leisure Group membawa kepakarannya dalam pembangunan tarikan rekreasi sementara Haven XR Holdings membawa inovasinya dalam realiti maya. Gabungan ini akan mencipta pengalaman yang luar biasa bagi penonton.
Pertumbuhan teknologi realiti maya dan pengalaman luas telah mengubah cara penonton berinteraksi dengan hiburan. HavenXR akan memimpin perubahan ini dan membawa pengalaman sinematik ke tahap baru.
Kerjasama ini juga melibatkan Universiti Sunshine Coast Australia (UniSC), yang akan membantu dalam kajian dan pembangunan. Ini akan memperkayakan lagi kemampuan HavenXR dalam menawarkan pengalaman realiti maya yang mengagumkan.
Sim Leisure Group dan Haven XR Holdings telah membuktikan komitmen mereka untuk inovasi dan mencipta pengalaman yang menakjubkan dalam dunia hiburan. Dengan HavenXR, mereka akan merubah cara kita melihat filem dan memberikan penonton pengalaman yang belum pernah mereka rasakan sebelum ini.