JOHOR BAHRU, 18 Nov 2025 — HSBC Malaysia hari ini memperluaskan rangkaian perkhidmatannya dengan pembukaan Pusat Pengurusan Kekayaan (Wealth Centre) baharu di Jalan Bukit Timbalan di sini, bagi menyasarkan segmen pelanggan mewah dan bernilai bersih tinggi yang semakin berkembang di selatan tanah air.
Langkah strategik itu didorong oleh kedudukan Johor yang berhampiran dengan Singapura serta peningkatan pelaburan yang dipacu oleh pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Ketua Kekayaan Antarabangsa dan Perbankan Premier HSBC Bank Malaysia, Linda Yip berkata, pembukaan pusat tersebut adalah bukti komitmen jangka panjang bank itu untuk meluaskan kepakaran perbankan dan pengurusan kekayaan di Malaysia.
Menurutnya, Johor mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling pesat dalam negara tahun lalu pada kadar 6.4 peratus, mengatasi kadar pertumbuhan nasional 5.1 peratus.

“Momentum positif ini dijangka berterusan dengan peningkatan pelaburan dari JS-SEZ. Lebih ramai usahawan, golongan profesional dan pemilik perniagaan memilih untuk mendirikan keluarga dan portfolio kewangan mereka di sini.
“Pertumbuhan ini telah mewujudkan diaspora kekayaan yang aktif, menjadikan Johor hab yang semakin penting untuk pelaburan dan pemeliharaan kekayaan,” katanya dalam satu kenyataan bersempena pelancaran pusat tersebut hari ini.
Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, Lee Ting Han. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Datuk Omar Siddiq.
Pusat Pengurusan Kekayaan baharu ini direka khusus untuk pelanggan Premier Elite bank tersebut, menawarkan perkhidmatan secara temu janji bagi penyelesaian pengurusan kekayaan, perlindungan dan perancangan pewarisan secara peribadi.
Sementara itu, Lee dalam ucap tamanya berkata, sektor kewangan memainkan peranan penting dalam mencorakkan hala tuju ekonomi negeri ke arah status berpendapatan tinggi.
“Kesan limpahan positif daripada pertumbuhan pesat ekonomi Johor akan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat melalui peluang kerja baharu dan peningkatan pendapatan isi rumah.
“Saya berbesar hati melihat bank antarabangsa seperti HSBC meluaskan kehadiran di Johor, di mana keterhubungan antarabangsa menjadi kunci kepada pertumbuhan pelaburan,” kata Lee.
Terdahulu pada awal tahun ini, HSBC telah membuka Pusat Pengurusan Kekayaan pertamanya di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
Pembukaan cawangan di Johor Bahru ini turut menampilkan elemen simbolik termasuk peletakan patung singa ikonik HSBC, ‘Stephen dan Stitt’, serta instalasi seni bertajuk “Tides” oleh artis tempatan Red Hong Yi yang menggunakan 12,960 keping syiling emas 50 sen.

Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.

![[Dari kiri ke kanan] Encik Ahmad Rizal Che Wan, Pengarah Bersekutu Kewangan & Operasi Novo Nordisk, Dr Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk, bersama Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pengarah Perubatan Utama KPJ Healthcare dan Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memperingati kerjasama antara KPJ Healthcare dan Novo Nordisk.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2026/04/KPJ-Healthcare-Novo-Nordisk-bekerjasama--360x180.jpg)

















![[Dari kiri ke kanan] Encik Ahmad Rizal Che Wan, Pengarah Bersekutu Kewangan & Operasi Novo Nordisk, Dr Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk, bersama Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pengarah Perubatan Utama KPJ Healthcare dan Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memperingati kerjasama antara KPJ Healthcare dan Novo Nordisk.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2026/04/KPJ-Healthcare-Novo-Nordisk-bekerjasama--150x150.jpg)























![[Dari kiri ke kanan] Encik Ahmad Rizal Che Wan, Pengarah Bersekutu Kewangan & Operasi Novo Nordisk, Dr Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk, bersama Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pengarah Perubatan Utama KPJ Healthcare dan Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memperingati kerjasama antara KPJ Healthcare dan Novo Nordisk.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2026/04/KPJ-Healthcare-Novo-Nordisk-bekerjasama--120x86.jpg)



