KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2025 – Penyanyi dan komposer muda Indonesia, Nadhif Basamalah, bakal menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert “Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur” pada 11 September depan di The Exchange Hall, Petaling Jaya.
Konsert anjuran bersama After School dan Banyak Bagus Entertainment itu menjadikan Kuala Lumpur salah satu destinasi utama jelajah Asia Nadhif, selain Singapura dan Kota Kinabalu. Tiket mula dijual di platform Ticketmelon dan jumlahnya adalah terhad.
“Kuala Lumpur merupakan lokasi yang sangat dinantikan oleh Nadhif untuk bertemu peminatnya. Jangan lepaskan peluang merasai sendiri keindahan vokalnya menerusi lagu-lagu hitnya,” kata Liaw Sun dari Banyak Bagus Entertainment.
Nadhif, 25, mula mencuri perhatian selepas debut pada 2022 dengan Wonder in Time, sebelum popular dengan lagu To Be With Me dan Without Me (Sera). Namanya terus melonjak selepas kejayaan single Penjaga Hati pada 2023, diikuti karya balada seperti Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya.
Konsert di Kuala Lumpur ini dijangka menampilkan rangkaian lagu-lagu hit yang memperkukuh reputasi Nadhif sebagai salah seorang bintang muda paling menyerlah di Asia Tenggara.

Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.


































