KUALA LUMPUR, 24 Julai 2025 — UnionPay International (UPI) menambah baik kemudahan pembayaran digital untuk pelancong China yang melancong ke Malaysia, berikutan pelaksanaan dasar pengecualian visa bersama antara kedua-dua negara bermula 1 Jun lalu.
Dengan lebih 95 peratus peniaga tempatan di Malaysia menerima kad UnionPay melalui terminal Point-of-Sale (POS), pelancong China kini boleh membuat pembayaran dengan lancar dan selamat menggunakan kad fizikal atau aplikasi mudah alih UnionPay.
Tambahan pula, aplikasi UnionPay kini serasi dengan DuitNow QR, iaitu piawaian kod QR nasional Malaysia, membolehkan pelancong membuat pembayaran di berjuta lokasi termasuk restoran, kedai runcit, hotel dan tarikan pelancongan utama.
Bagi memeriahkan musim pelancongan musim panas ini, UnionPay memperkenalkan pelbagai tawaran istimewa di destinasi utama seluruh negara:
- Kuala Lumpur: Pulangan tunai RM80 di Pavilion KL (perbelanjaan minimum RM400); rebat segera RM20 di Watsons (RM120); hadiah eksklusif di Gateway@KLIA2 (RM150); dan diskaun RM5 di premis makanan & minuman lapangan terbang (RM40).
- Selangor & Johor: Pulangan tunai bertingkat di Paradigm Mall PJ dan JB sehingga RM300, serta tiga kali mata ganjaran WCT Buddy Points khas untuk pengguna UnionPay (terhad kepada 9 juta mata).
- Pulau Pinang: Diskaun RM100 di restoran Jepun ENOSHIMA, Kirishima dan Miraku (RM500); diskaun RM10 di Entopia Butterfly Farm (RM50); dan potongan 10% di Tapestree Café.
- Pengalaman durian: Diskaun RM32 di cawangan DKing (RM150) serta hadiah mooncake Musang King percuma bagi pembelian terpilih, selagi stok masih ada.
Usaha ini adalah susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UnionPay International dan Tourism Malaysia di Shanghai pada Mei lalu. Perjanjian itu bertujuan memperluaskan lagi promosi pelancongan dan kebolehcapaian pembayaran digital menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Ketua Wilayah UnionPay International Asia Tenggara, Dr. Jian Jiangtao berkata UnionPay komited untuk memastikan pelancong China menikmati pengalaman pembayaran yang lancar, selamat dan berbaloi dari saat tiba hingga pulang.
“Kami menyepadukan penyelesaian pembayaran dalam setiap fasa perjalanan bagi menyokong pertumbuhan pelancongan tempatan,” kata beliau lagi.
Selain menyokong pelancong dari China, UnionPay turut memperluas perkhidmatan ini kepada pengguna tempatan.
Kad UnionPay yang dikeluarkan oleh Public Bank, ICBC Malaysia, Bank of China Malaysia dan AmBank kini boleh dihubungkan kepada WeChat Pay dan Alipay untuk digunakan di tanah besar China tanpa caj perkhidmatan antarabangsa sebanyak 3%, seperti kebiasaan. Inisiatif ini memudahkan rakyat Malaysia yang melancong, belajar atau menjalankan urusan perniagaan di China.
Dengan perluasan mobiliti dua hala dan hubungan erat antara Malaysia dan China, UnionPay terus komited menyediakan ekosistem pembayaran digital dua hala yang memberi manfaat bersama.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.















































