KUALA LUMPUR, 7 Januari 2026 – Syarikat penerbangan generasi baharu, Vietjet hari ini memperkenalkan semula perkhidmatan SkyBoss, sebuah kelas tambang premium yang direka khusus untuk penumpang yang mementingkan keselesaan dan kecekapan bagi penerbangan antara Malaysia dan Vietnam.
Dengan tambang bermula serendah RM520 sehala, perkhidmatan ini kini ditawarkan bagi penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke destinasi utama Vietnam seperti Hanoi, Ho Chi Minh City, dan Da Nang.
Membawa semangat “Wings for Leaders” (Sayap buat Pemimpin), SkyBoss menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih santai dan tersusun bermula seawal penumpang menjejakkan kaki di lapangan terbang.
Antara keistimewaan utama yang ditawarkan termasuk keutamaan bagi urusan daftar masuk, pelepasan keselamatan, dan menaiki pesawat (tertakluk kepada fasiliti lapangan terbang), serta akses eksklusif ke ruang menunggu premium.

Selain keselesaan di darat, penumpang SkyBoss turut dimanjakan dengan elaun bagasi yang lebih besar, iaitu 10kg bagi bagasi kabin dan 30kg untuk bagasi berdaftar, termasuk kelonggaran membawa satu set beg golf tanpa caj tambahan.
Di dalam kabin, penumpang akan menikmati hidangan panas tanpa had yang disediakan sepanjang penerbangan, menampilkan menu ikonik Vietnam seperti Pho, Banh Mi, dan kopi susu Vietnam, sambil dilayani oleh kru kabin yang berdedikasi.
Langkah pengenalan semula SkyBoss ini dilihat sebagai strategi Vietjet untuk memenuhi permintaan segmen pelancong perniagaan dan percutian yang mencari fleksibiliti serta kualiti perkhidmatan menyeluruh pada harga yang kompetitif.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.















































