KUALA LUMPUR, 24 Nov 2025 — Vietjet melancarkan kempen baharu bertemakan “Thank Yourself with Festive Flights – Let’s Vietjet” bagi menggalakkan rakyat Malaysia menghadiahkan diri sendiri percutian hujung tahun sebagai penghargaan atas pencapaian sepanjang 2025.
Kempen tersebut menawarkan diskaun sehingga 100 peratus untuk tambang Kelas Eco bagi semua laluan domestik dan antarabangsa, tidak termasuk cukai dan yuran, apabila menggunakan kod promosi THANKME. Tempoh tempahan berlangsung mulai 24 hingga 30 November 2025, manakala tempoh perjalanan ditetapkan dari 5 Januari hingga 27 Mei 2026, tidak termasuk cuti umum dan musim puncak.
Antara laluan utama yang disasarkan kepada penumpang Malaysia termasuk penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hanoi, Ho Chi Minh City, dan Da Nang.

Selain diskaun tambang, penumpang turut menikmati 20kg bagasi berdaftar percuma bagi laluan dan tarikh terpilih:
- 5–28 Januari 2026 (sehala): Da Nang → Kuala Lumpur
- 4–28 Mei 2026 (dua hala): Ho Chi Minh City ↔ Kuala Lumpur, Hanoi ↔ Kuala Lumpur, Da Nang ↔ Kuala Lumpur
Pelancong antarabangsa yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2025 juga layak menerima eSIM percuma dengan data 500MB sah untuk 31 hari, selagi stok masih ada.
Bagi penumpang premium, Vietjet menawarkan tambang promosi untuk laluan domestik di Vietnam sehingga 31 Januari 2026, dengan tambang SkyBoss bermula VND1.8 juta (kira-kira RM283) dan Business Class bermula VND2.5 juta (kira-kira RM393).
Syarikat penerbangan itu turut memaklumkan bahawa penerbangan terpilih dari sekarang hingga Februari 2026 akan menampilkan suasana perayaan seperti Krismas, Tahun Baharu, Hari Valentine dan Tahun Baharu Lunar, termasuk aktiviti bertema serta peluang memenangi hadiah menarik.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.















































