KUALA LUMPUR, 11 Disember 2025 – Rangkaian minuman teh premium, CHAGEE hari ini mengumumkan pelancaran siri minuman baharu Cocoa Oolong Milk Tea bersempena musim perayaan akhir tahun, yang turut menampilkan kolaborasi eksklusif bersama watak ikonik Sanrio, Tanned Hello Kitty bermula esok, 12 Disember.
Minuman edisi terhad ini menggabungkan Teh Oolong premium dari Pergunungan Wuyi, tapak warisan UNESCO yang terkenal dengan aroma panggang dan madu, bersama koko berkualiti tinggi dari ‘Gold Belt’ Côte d’Ivoire. Gabungan ini menghasilkan rasa yang kaya dengan aroma panggang pada hirupan pertama diikuti dengan kemanisan koko yang halus.
Ketua Pegawai Pemasaran CHAGEE APAC, Eugene Lee berkata, inisiatif ini bertujuan meraikan hubungan silaturahim yang bermakna sempena penutup tahun 2025.
“Cuti perayaan adalah waktu untuk meraikan hubungan sesama insan yang merupakan antara perkara paling berharga yang kita miliki. Dengan Cocoa Oolong Milk Tea dan Tanned Hello Kitty, kami ingin mencipta sesuatu yang memberikan rasa gembira, dan akrab, sama seperti perasaan dalam hubungan yang bermakna.
“Di CHAGEE, kami percaya teh lebih daripada sekadar minuman. Ia adalah salah satu cara untuk kita menikmati waktu rehat, hadir dan mencipta kenangan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemilihan watak Tanned Hello Kitty yang berkulit sawo matang adalah simbolik kepada kehangatan suasana tropika dan personaliti ceria, yang sepadan dengan tona warna koko minuman baharu tersebut.
Ketua Pegawai Operasi Sanrio Asia Tenggara, Kohei Imai turut menyifatkan kerjasama ini sebagai satu sambutan meraikan kebersamaan.
“Hello Kitty sentiasa menggalakkan kebaikan dan hubungan, dan kerjasama dengan CHAGEE ini membawa semangat tersebut dalam musim perayaan. Kehangatan Tanned Hello Kitty dan karakter Cocoa Oolong Milk Tea yang menenangkan mencipta satu sambutan untuk meraikan kebersamaan,” ujarnya.
Minuman ini ditawarkan pada harga RM14.90 (saiz Biasa) dan RM16.90 (saiz Besar), lengkap dengan pembungkus cawan edisi terhad serta beg termal eksklusif.
Sempena kolaborasi ini, CHAGEE turut memperkenalkan koleksi barangan edisi terhad yang boleh didapati melalui pembelian pakej bermula 12 Disember. Antaranya ialah Snuggle Snap (percuma dengan pembelian 2 cawan besar) dan Cuddle Sling (pakej RM46.90 bersama 1 cawan besar).
Manakala bermula 19 Disember, peminat boleh mendapatkan Plushie Charm melalui pakej RM52.90 (bersama 2 cawan besar) serta Mini Charm menerusi penebusan baucar aplikasi CHAGEE.
Selain itu, orang ramai dijemput menyertai cabaran ‘C-Pose’ di 15 cawangan terpilih di seluruh negara. Pelanggan hanya perlu bergambar dengan gaya tangan “C” bersama paparan Hello Kitty di kedai, memuat naik di media sosial dengan tanda pagar #CHAGEElovesHelloKitty, dan berpeluang memenangi baucar minuman serta barangan eksklusif.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.















































