• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Ahad, 11 Oktober 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

    AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

    16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

    16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

    Kerajaan perkasa sumber makanan ternakan tempatan, tingkat kesiapsiagaan padi hadapi El Niño

    Malaysia siap sedia ke COP31 Antalya melalui penglibatan seluruh negara

    Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

    Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

    Malaysia perkukuh pasaran agromakanan di Amerika Latin

    Politeknik Mukah perkukuh kebajikan pelajar menerusi Foodbank Dapur Siswa MADANI

    Politeknik Mukah perkukuh kebajikan pelajar menerusi Foodbank Dapur Siswa MADANI

    KUSKOP buka ruang usahawan mikro berniaga di F1, tanpa sewa dan komisen

    KUSKOP buka ruang usahawan mikro berniaga di F1, tanpa sewa dan komisen

    Harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 15 sen seliter

    Harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 15 sen seliter

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Nourul Depp sekali lagi dipilih sertai PERANTIS 2026

    Nourul Depp sekali lagi dipilih sertai PERANTIS 2026

    Karya terbaharu dari Malique, Zizi Kirana, dan kemunculan semula Yasin Sulaiman

    Karya terbaharu dari Malique, Zizi Kirana, dan kemunculan semula Yasin Sulaiman

    5 sebab kenapa selatan Perak wajib masuk dalam senarai percutian anda

    5 sebab kenapa selatan Perak wajib masuk dalam senarai percutian anda

    Kamera bingkai penuh Canon EOS R8 Mark II tampil reka bentuk padat

    Kamera bingkai penuh Canon EOS R8 Mark II tampil reka bentuk padat

    Empat artis tarik diri daripada konsert jelajah Ed Sheeran susulan solidariti Macklemore bersama Gaza

    Empat artis tarik diri daripada konsert jelajah Ed Sheeran susulan solidariti Macklemore bersama Gaza

    Antara keselamatan jerebu dan pilihan destinasi perlancongan

    Antara keselamatan jerebu dan pilihan destinasi perlancongan

    DUA LAYAR – Selebriti ke Kanvas meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026

    Balai Seni Negara pamer karya selebriti tempatan di Festival Budaya Malaysia 2026

    Hope yang mula ditayangkan di Korea Selatan pada 15 Julai 2026 telah mencatatkan kejayaan pecah panggung

    Filem sci-fi seram Korea ‘Hope’ arahan Na Hong-jin mula ditayangkan di pawagam Malaysia 10 September

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Home Rencana Inspirasi

Inspirasi Adiman, bangunkan aplikasi iman Pro ubah pengalaman digital pengguna Muslim

Ed Junaidi by Ed Junaidi
Jun 16, 2025
in Inspirasi, Rencana
Reading Time: 6 mins read
0 0
0
Adiman bin Muhammad

Adiman bin Muhammad

Share on FacebookShare on Twitter

Ketika Adiman mula membangunkan iman Pro , ia bukan sebahagian daripada perancangan meraih keuntungan. Sebaliknya, ia bermula sebagai gurauan di kalangan rakan-rakannya yang akhirnya menjadi satu projek bermakna.

Pada waktu itu, aplikasi waktu solat untuk peranti iPhone sangat terhad, dan kebanyakannya menggunakan pengiraan generik berasaskan koordinat lokasi dan bukan data rasmi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Lebih membimbangkan, kebanyakan aplikasi tersebut dipenuhi dengan iklan yang mengganggu, malah ada yang menampilkan kandungan tidak sesuai sedangkan ia berfungsi untuk memberi peringatan waktu solat.

Aplikasi Iman Pro di Android (Google Play Store)
Aplikasi Iman Pro di IOS (App Store)

“Saya terfikir, betapa ironinya apabila aplikasi yang mengingatkan kita tentang solat lima waktu dipenuhi dengan iklan yang tidak patuh syariah,” kata Adiman. “Ketika itu saya nekad untuk membangunkan aplikasi sendiri.”

ADVERTISEMENT

Dari situlah lahirnya iman Pro; sebuah aplikasi waktu solat yang ringkas dan tepat, iklan yang minimal dan terkawal, dan ciri-ciri dibangunkan khusus untuk pengguna di Malaysia.

Mengharungi cabaran, dari projek persendirian ke pengiktirafan global

ArtikelBerkaitan

7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Batang pisang berpotensi cetuskan inovasi nanoteknologi hijau di Malaysia

Perjalanan iman Pro bukanlah sesuatu yang mudah. Adiman tidak mempunyai pengalaman dalam membangunkan aplikasi iOS. Beliau perlu mempelajari sendiri rangka kerja (framework) dan perisian pembangun (SDK) yang disediakan oleh Apple. Keadaan menjadi lebih rumit apabila beliau tidak memiliki iPhone sendiri, memaksanya untuk meminjam peranti daripada rakan-rakan untuk menguji aplikasi yang sedang dibangunkannya.

“Saya benar-benar bermula dari kosong—tiada dana dan tiada iPhone,” katanya. “Apple mengenakan bayaran tahunan USD99 kepada pembangun aplikasi, dan saya perlu memiliki komputer Mac sendiri kerana mereka tidak membenarkan penggunaan SDK pada sistem Windows.”

Walaupun berdepan dengan cabaran ini, Adiman tetap meneruskan usahanya. Apabila aplikasi ini akhirnya dilancarkan di Apple App Store pada tahun 2012, ia bermula dengan versi asas yang mempunyai ciri terhad. Namun, dengan setiap kemas kini, maklum balas pengguna memainkan peranan penting dalam menambah baik reka bentuk dan fungsinya.

Reka bentuk minimalis, fungsi maksimum

Berbeza dengan kebanyakan aplikasi lain, iman Pro memberi keutamaan kepada antara muka yang bersih dan bebas gangguan. Matlamat utama? Memudahkan akses ke paparan waktu solat tanpa elemen yang tidak diperlukan.

“Saya tidak gemar antara muka yang terlalu sarat dengan elemen tidak penting hanya untuk tujuan keuntungan,” kata Adiman. “Sebab itulah iman Pro kekal minimalis; setiap ciri yang ditambah ada tujuan khusus.”

Pengguna juga diberikan kebebasan untuk menyesuaikan pengalaman mereka, termasuk menyembunyikan atau menyusun semula elemen aplikasi mengikut keselesaan mereka. Selain itu, ciri pemilihan warna tema turut disediakan agar aplikasi ini selaras dengan tema peranti atau cita rasa pengguna.

Responsif dengan maklum balas pengguna, kunci penambahbaikan aplikasi

Adiman percaya bahawa pengguna yang aktif memberi maklum balas adalah aset penting dalam pembangunan iman Pro. Baginya, setiap cadangan yang diterima bukan sekadar saranan, tetapi satu bentuk kerjasama.

“Banyak ciri terbaik dalam iman Pro wujud kerana pengguna mengambil masa untuk menghubungi saya dan berkongsi idea,” katanya. “Saya membaca setiap e-mel secara peribadi, dan jika sesuatu cadangan itu relevan, saya akan cuba merealisasikannya.”

Namun, tidak semua pengalaman dengan pengguna adalah positif. Seperti kebanyakan pembangun aplikasi, Adiman turut berdepan dengan ulasan negatif yang tidak adil daripada pengguna yang kurang memahami batasan teknikal.

“Agak mengecewakan apabila ada yang memberikan penilaian satu bintang hanya kerana isu kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah,” katanya. “Kadang-kadang, satu e-mel sahaja sudah cukup untuk menyelesaikan masalah.”

Adiman turut mengemukakan beberapa contoh yang biasa dihadapi pengguna seperti masalah tidak mendapat notifikasi azan, sedangkan ia boleh diselesaikan dengan membenarkan notifikasi iman Pro ketika berada didalam tetapan focus mode.

Keutamaan privasi dalam era digital

Dalam dunia digital masa kini, privasi dan keselamatan maklumat pengguna menjadi satu kebimbangan utama. Namun, iman Pro berpegang teguh pada prinsip bahawa data pengguna tidak boleh disalahgunakan.

“Aplikasi ini tidak memerlukan pengguna untuk membuka akaun atau berkongsi sebarang maklumat peribadi,” jelas Adiman. “Semua data hanya disimpan dalam peranti pengguna. Malah, akses lokasi yang diperlukan hanyalah untuk menentukan waktu solat, bukan untuk tujuan penjejakan.”

Ketika kebanyakan aplikasi lain mengumpulkan data pengguna untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, iman Pro muncul sebagai contoh aplikasi yang menitikberatkan etika dalam pembangunan perisian.

Masa depan iman Pro

Selepas 13 tahun sejak pelancarannya, iman Pro terus berkembang. Aplikasi ini telah melalui pelbagai perubahan, termasuk reka bentuk baharu, penulisan semula kod asas, serta penambahan ciri-ciri terkini untuk memenuhi keperluan pengguna moden.

Untuk masa hadapan, Adiman berharap dapat membawa iman Pro ke platform lain, meneroka integrasi dengan perkhidmatan digital lain, dan memperkenalkan lebih banyak ciri-ciri inovatif. Namun, semua ini memerlukan masa, dana, serta kepakaran teknikal.

“Buat masa ini, kami hanyalah pasukan kecil dengan impian besar,” katanya. “Tapi kami akan terus bergerak ke hadapan; biarpun perlahan, asalkan lebih maju.”

Legasi seorang pembangun

Bagi Adiman, kejayaan sebenar bukan diukur dengan keuntungan kewangan, tetapi dengan impak positif yang aplikasi ini berikan kepada pengguna.

“Apabila saya tahu ada pengguna yang benar-benar berpuas hati dengan iman Pro, itulah perasaan paling membanggakan,” katanya. “Lebih-lebih lagi jika mereka adalah individu berpengaruh yang berkongsi pengalaman positif mereka.”

Nasihatnya kepada pembangun aplikasi yang bercita-cita tinggi? Mulakan dengan projek kecil, terus belajar, dan anggap setiap kegagalan sebagai sebahagian daripada proses.

“Tiada jalan pintas untuk berjaya,” katanya. “Setiap percubaan, berjaya atau tidak, pasti memberikan nilai dan pengalaman kepada anda. Yang penting, jangan takut untuk mencuba.”

Aplikasi iman Proboleh dimuat turun di Google Play Store untuk pengguna Android dan App Store untuk pengguna iPhone, iPad dan Apple Watch. Aplikasi di platform iOS boleh dibeli dengan bayaran sekali seumur hidup.

Ed Junaidi
Ed Junaidi

Editor dalam talian dan penulis di majalah Gaya Travel dan Akses Malaysia. Kebahagiaan sebenar adalah apabila berada di jalanan mengembara, mengenali dan melihat dunia.

  • Ed Junaidi
    September 24, 2026
    Sarawak perkukuh komitmen pacu industri acara perniagaan sokong PCDS 2030
  • Ed Junaidi
    Mimi Mazlin berkata, penerimaan produk Malaysia di Amerika Syarikat membuktikan bahawa barangan keluaran tempatan mampu memenuhi cita rasa pengguna dan piawaian kualiti antarabangsa.
    September 19, 2026
    Callabio bawa Bariistar tembusi Amerika Syarikat, sasar pasaran global
  • Ed Junaidi
    September 18, 2026
    Marriott International perkenal platform Destination Convention Malaysia pacu sektor MICE
  • Ed Junaidi
    September 5, 2026
    Tunggul Melati Trail 2026 kembali, impak ekonomi dijangka cecah RM1.1 juta
Tags: iman proMalaysiawaktu solat
ShareTweetShareSend
ADVERTISEMENT
Previous Post

HASAN.VC lancar Venture Studio pertama di Kota Bharu, tawar pelaburan awal hingga RM380,000 untuk syarikat pemula berteraskan AI

Next Post

Berhati-hati memilih haiwan korban

Artikel Berkaitan

Gambar hiasan oleh Ibrahim Uz - Unsplash
Agama dan Moral

Antara lelah dan ladang pahala

Jun 3, 2025
32
Photo by Nathan Dumlao
Pendidikan dan Kerjaya

Abolishment of UPSR and PT3 in Malaysia: A shift towards holistic education

Disember 2, 2024
190
7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia
Ekonomi dan Niaga

7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

Oktober 9, 2026
76
Next Post
Gambar hiasan oleh Bailey Mahon - Unsplash

Berhati-hati memilih haiwan korban

Siti Fadilah (dua dari kiri) bergambar bersama Nurhayati (dua dari kanan), Fa'azurah (kanan) dan seorang lagi ahli misi, Norjumiah Mardi (kiri).

Islamic Relief Malaysia laksana misi Kembara Rezeki Qurban ke Malawi

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Yayasan Ulul Albab (YUA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU)

UPSI, Yayasan Ulul Albab jalin kerjasama strategik dalam bidang Pendidikan Islam melalui MoU

Sorotan Utama

Malaysia siap sedia ke COP31 Antalya melalui penglibatan seluruh negara

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

Malaysia perkukuh pasaran agromakanan di Amerika Latin

Kerajaan perkasa sumber makanan ternakan tempatan, tingkat kesiapsiagaan padi hadapi El Niño

Politeknik Mukah perkukuh kebajikan pelajar menerusi Foodbank Dapur Siswa MADANI

KUSKOP buka ruang usahawan mikro berniaga di F1, tanpa sewa dan komisen

Trending

AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal
Berita

AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

by Akses Malaysia
Oktober 9, 2026
0
68

Presiden AS Donald Trump berkata Washington tidak akan melancarkan serangan terhadap Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal...

16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

Oktober 9, 2026
63
7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

Oktober 9, 2026
76
Kerajaan perkasa sumber makanan ternakan tempatan, tingkat kesiapsiagaan padi hadapi El Niño

Malaysia siap sedia ke COP31 Antalya melalui penglibatan seluruh negara

Oktober 8, 2026
65
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

Oktober 8, 2026
62

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,656)
    • Dunia (57)
    • Ekonomi & Niaga (429)
    • Kembara & Pelancongan (122)
    • Kesihatan (65)
    • Nasional (650)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (32)
    • Sekolah & Kampus (92)
    • Sosial (19)
    • Sukan (30)
  • Gaya Hidup (395)
    • Aktif (3)
    • Cipta Rasa (1)
    • Ilmu (6)
    • Kembara (146)
    • Selera (35)
    • Seni (114)
    • Teknologi (59)
    • Warisan (28)
  • Negeri (108)
    • Johor (5)
    • Kedah (2)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (2)
    • Pahang (2)
    • Perak (15)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (6)
    • Sarawak (16)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (2)
  • Rencana (314)
    • Agama dan Moral (39)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (38)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (52)
    • Keluarga (27)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (28)
    • Lestari (26)
    • Pendapat (8)
    • Pendidikan dan Kerjaya (45)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (16)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

Oktober 9, 2026
16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

Oktober 9, 2026
7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

Oktober 9, 2026
Kerajaan perkasa sumber makanan ternakan tempatan, tingkat kesiapsiagaan padi hadapi El Niño

Malaysia siap sedia ke COP31 Antalya melalui penglibatan seluruh negara

Oktober 8, 2026
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

Oktober 8, 2026
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Utama