KUALA LUMPUR, 19 Mac 2025 – Kuala Terengganu telah dinamakan sebagai destinasi paling murah di Malaysia bagi tempoh perjalanan April hingga Mei 2025, menurut laporan terkini platform pelancongan digital Agoda. Purata kadar bilik di Kuala Terengganu direkodkan pada RM213 satu malam, menggantikan Kuching, yang sebelum ini menjadi destinasi paling murah untuk tempoh sama pada 2024 serta musim cuti hujung tahun lalu.
Menurut Fabian Teja, Pengarah Negara Agoda untuk Malaysia dan Brunei, April dan Mei merupakan musim puncak pelancongan di Asia berikutan cuti perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri di Malaysia, Golden Week di Jepun, dan Songkran di Thailand. Namun, beliau menegaskan bahawa pelancong masih boleh mendapatkan tawaran penginapan yang berpatutan di Agoda walaupun dalam tempoh pelancongan yang sibuk.

10 destinasi paling murah di Asia untuk April-Mei 2025
Agoda turut menyenaraikan 10 destinasi pelancongan paling berpatutan di Asia berdasarkan purata kadar bilik di 20 lokasi popular merentasi 9 pasaran Asia:
1. Phong Nha, Vietnam – RM124/malam
Terkenal dengan Taman Negara Phong Nha-Ke Bang dan gua terbesar di dunia.
2. Tirupati, India – RM151/malam
Lokasi ziarah utama dengan Kuil Venkateswara dan pemandangan semula jadi yang indah.
3. Hat Yai, Thailand – RM177/malam
Destinasi popular dengan makanan jalanan dan pusat membeli-belah.
4. Padang, Indonesia – RM177/malam
Dikenali sebagai pusat makanan dengan hidangan rendang dan sate Padang.
5. Bacolod, Filipina – RM204/malam
Digelar sebagai “City of Smiles”, terkenal dengan festival dan masakan tempatan.
6. Kuala Terengganu, Malaysia – RM213/malam
Destinasi pantai dengan Masjid Kristal, seni batik tradisional, dan keindahan pulau-pulau berdekatan.
7. Gimpo, Korea Selatan – RM293/malam
Lokasi terbaik untuk menikmati musim bunga dan bunga sakura.
8. Narita, Jepun – RM315/malam
Menawarkan pengalaman budaya dengan Kuil Naritasan Shinshoji dan taman bunga sakura.
9. Pingtung, Taiwan – RM351/malam
Terkenal dengan Kenting National Park, pantai indah, dan makanan laut segar.
Laporan ini menunjukkan bahawa Kuala Terengganu semakin mendapat perhatian sebagai destinasi pelancongan yang bukan sahaja menawarkan harga penginapan berpatutan tetapi juga pengalaman unik dari segi budaya, sejarah dan keindahan alam semula jadi.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.