BERA, 14 Julai 2022 — Pelancaran RuralStar, sebuah peranti infrastruktur rangkaian teknologi telekomunikasi terkini, amat penting dalam memudahkan kesalinghubungan kepada komuniti yang sukar dijangkau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata RuralStar, yang dibangunkan oleh Huawei Malaysia, dapat menghubungkan kawasan yang bukan hanya terpencil malah tidak memiliki infrastruktur komunikasi lengkap.
“RuralStar merupakan teknologi pemangkin yang boleh membantu Keluarga Malaysia meningkatkan taraf kehidupan seharian dan seterusnya meningkatkan jejak digital mereka.
“Melalui teknologi seperti RuralStar, kemahiran digital dalam setiap lapisan masyarakat dapat dipupuk dan disemai agar tenaga kerja kita pada masa hadapan mempunyai daya saing yang tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Huawei RuralStar Pro dan penyerahan Huawei MatePad kepada pelajar daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini. — Bernama
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.