• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Rabu, 18 November 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi

    MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi

    Close-up of a computer chip on a blue circuit board with glowing light patterns. Concept for artificial intelligence, quantum computing and data processing

    AS ketatkan peraturan eksport cip AI, Malaysia antara negara terlibat

    Presiden Perancis Emmanuel Macron adakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia, lonjak hubungan ke Perkongsian Strategik

    Presiden Perancis Emmanuel Macron adakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia, lonjak hubungan ke Perkongsian Strategik

    MITI nafi beri pelepasan kepada Megaspeed International dan Speedmatrix, siasat kemungkinan eksport semula cip AI

    MITI nafi beri pelepasan kepada Megaspeed International dan Speedmatrix, siasat kemungkinan eksport semula cip AI

    JPPKK perkasa pembelajaran fleksibel menerusi pelancaran Pusat APEL M, APMS dan garis panduan Micro-Credentials

    JPPKK perkasa pembelajaran fleksibel menerusi pelancaran Pusat APEL M, APMS dan garis panduan Micro-Credentials

    Sim rasmi TikTok Shop LIVE Hub di Pulau Pinang, usahawan boleh guna studio secara percuma

    Sim rasmi TikTok Shop LIVE Hub di Pulau Pinang, usahawan boleh guna studio secara percuma

    Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

    Amaran ribut petir di Perak, Pahang dan Sabah sehingga 1 tengah hari ini – METMalaysia

    Istana Negeri Sembilan belum sahkan ketulenan surat peletakan jawatan Ismail Lasim

    Istana Negeri Sembilan belum sahkan ketulenan surat peletakan jawatan Ismail Lasim

    Ismail Lasim letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, BN akan kemuka calon baharu

  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cantik
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig

    Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig

    Sarawak cultural village

    Kuching dan pesona yang tidak pernah habis diterokai

    AirAsia tawar promosi tambang serendah RM119 ke seluruh Asean dengan diskaun Value Pack 30 peratus

    AirAsia tawar promosi tambang serendah RM119 ke seluruh Asean dengan diskaun Value Pack 30 peratus

    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    Kuching Sarawak

    10 Pengalaman menarik menelusuri cita rasa Kuching

    Waldorf Astoria Kuala Lumpur tawar pengalaman penginapan serba mewah

    Waldorf Astoria Kuala Lumpur tawar pengalaman penginapan serba mewah

    5 Pengalaman menarik untuk diterokai di Perlis dan Kedah

    5 Pengalaman menarik untuk diterokai di Perlis dan Kedah

    Ketua Pegawai Eksekutif EMAX Corporate, Wilson Lee menyampaikan cenderahati kepada Miss World Asia 2026, Tanuashiya Chetty.

    Pendekatan baharu kecantikan dengan ION+Glow™ dan PlasmFX

    "Jangan takut bermimpi besar" – Agnez Mo cipta sejarah di Madame Tussauds Hollywood

    Agnez Mo selebriti Indonesia pertama miliki patung lilin di Madame Tussauds Hollywood

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Tangani isu kenaikan minyak global dengan berhemah dan bijak

Dr. Ariyanti Mustapha by Dr. Ariyanti Mustapha
April 24, 2026
in Isu Semasa, Rencana
Reading Time: 6 mins read
0 0
0
Home Rencana Isu Semasa
Share on FacebookShare on Twitter

Konflik Asia Barat yang masih berlarutan tanpa noktah telah meninggalkan impak besar terhadap ekonomi global, khususnya yang melibatkan rantaian permintaan bekalan bahan mentah yang semakin meruncing. Selat Hormuz, yang merupakan sebuah laluan maritim strategik bagi pengangkutan minyak dan gas asli cecair (LNG) kawalan negara Iran, berfungsi sebagai nadi utama bagi kapal-kapal komersial dari seluruh dunia untuk memperoleh bekalan minyak mentah.

Namun begitu, sekatan pelayaran yang dikenakan oleh pihak Iran terhadap laluan tersebut telah mengakibatkan lonjakan harga minyak global dengan begitu mendadak pada awal tahun 2026. Keadaan tegang ini jelas menimbulkan kebimbangan di peringkat antarabangsa kerana bekalan minyak mentah yang merupakan salah satu keperluan asas dan penggerak nadi ekonomi bagi sesebuah negara, kini terdedah kepada risiko sekatan rantaian pembekalan.

Sekatan terhadap laluan strategik tersebut bukan sahaja menjejaskan kestabilan bekalan tenaga, malah ia turut meningkatkan tekanan terhadap permintaan global yang semakin kritikal serta menyukarkan akses kepada sumber hidrokarbon itu. 

ADVERTISEMENT

Kesan daripada krisis global ini dapat disaksikan dengan jelas melalui langkah-langkah drastik yang terpaksa diambil oleh beberapa buah negara jiran seperti Thailand, Filipina, Myanmar, dan Indonesia, yang sudah mula melaksanakan kawalan ketat penggunaan bahan api melalui kaedah catuan, kempen penjimatan tenaga, serta pelaksanaan pelbagai sekatan terhadap kelancaran aktiviti harian rakyat.

Situasi tegang ini memperlihatkan bahawa sekatan terhadap laluan Selat Hormuz telah memberi impak negatif yang sangat meluas terhadap krisis tenaga global, serta memberi kesan yang langsung kepada tahap kestabilan ekonomi dan kelestarian kesejahteraan masyarakat di pelbagai buah negara di seluruh dunia.

Bagi mengurangkan kadar pembaziran penggunaan minyak mentah, pelbagai langkah penjimatan tenaga telah dan sedang giat dilaksanakan oleh sebahagian besar negara-negara di rantau Asia Tenggara. 

Antaranya termasuklah pelaksanaan dasar bekerja dari rumah yang lebih meluas, pengurangan kebergantungan kepada penggunaan sistem penyaman udara, serta pelonggaran kod etika pakaian rasmi di tempat kerja bagi menyesuaikan diri dengan keadaan suhu yang lebih tinggi, terutamanya di negara seperti Thailand, Indonesia, Malaysia, dan Filipina. 

Rangkaian langkah-langkah mitigasi ini bertujuan untuk mengurangkan corak penggunaan bahan api secara berlebihan di samping memastikan kelestarian sumber tenaga dapat dipanjangkan dalam tempoh krisis yang belum nampak kesudahannya ini.

Sebagai contoh senario yang lebih ekstrem di negara Myanmar, pihak kerajaannya telah melaksanakan sistem catuan bahan api yang amat ketat membabitkan sektor kenderaan persendirian, di mana kenderaan rakyat awam hanya dibenarkan berada di atas jalan raya mengikut jadual tarikh angka plat yang tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, pengecualian sekatan ini diberikan keistimewaan kepada pemilik kenderaan elektrik. 

Manakala pihak kerajaan di Bangladesh pula telah mula memotong kuota penggunaan bahan api harian sebanyak 30 peratus bagi kegunaan rasmi Perdana Menteri dan seluruh barisan menteri kabinet. Malah, beberapa buah universiti utama termasuklah Universiti Dhaka telah diarahkan tutup buat sementara waktu semata-mata bagi menjimatkan penggunaan tenaga nasional, di samping menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas sekolah.

Senario di atas secara jelas membuktikan bahawa isu lonjakan harga minyak global pada hari ini bukanlah satu fenomena terpencil yang hanya terhad berlakunya di Malaysia atau bersifat permasalahan setempat semata-mata, sebaliknya ia telah berevolusi menjadi satu cabaran berantai yang memberi impak ke atas kerangka kestabilan ekonomi dunia. 

Lonjakan harga minyak mentah global yang mencatatkan peningkatan sehingga 25 peratus ini telah memberikan tekanan yang amat hebat terhadap keupayaan kos sara hidup serta kemampuan operasi ekonomi di pelbagai negara. 

Kegawatan inflasi yang sedang didepani oleh sebilangan besar masyarakat dunia ini menunjukkan betapa krisis ini telah menjadi semakin runcing, sekali gus menuntut tahap kefahaman yang matang daripada segenap lapisan masyarakat terhadap betapa pentingnya amalan mematuhi langkah penjimatan bahan api serta gaya hidup berjimat cermat yang telah disarankan oleh pihak kerajaan.

Dalam konteks di Malaysia pula, kesan krisis bekalan antarabangsa dan tempias kenaikan harga minyak mungkin dirasakan tidaklah seteruk situasi kemelut yang sedang didepani oleh penduduk di beberapa buah negara jiran, memandangkan rakyat negara ini masih berupaya untuk mendapatkan kemudahan bahan api dengan bebas tanpa dikenakan sebarang bentuk sistem catuan setakat ini. 

Pendekatan langkah penyasaran subsidi baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia iaitu inisiatif BUDI95 dan kelulusan penggunaan kemudahan kad fleet yang dikhususkan kepada warganegara merupakan satu usaha serampang dua mata bagi mengurangkan sebahagian beban kos kehidupan rakyat yang diakibatkan oleh kesan peningkatan harga minyak mentah tersebut. 

Tindakan strategik ini menterjemahkan sebuah pendekatan proaktif oleh pihak pentadbiran negara dalam mengurus impak limpahan krisis tenaga global di samping bertungkus-lumus memastikan teras kesejahteraan ekonomi rakyat tempatan terus utuh terpelihara.

Tangani dengan sabar, syukur dan bijak

Selaras dengan gelombang fenomena peningkatan harga bahan api yang telah melanda seluruh pelosok dunia termasuklah di Malaysia, pelbagai bentuk reaksi awal dapat diperhatikan terutamanya dalam kalangan komuniti masyarakat tatkala masing-masing bergelut mendepani suasana ekonomi yang serba tidak menentu akibat daripada konflik peperangan di rantau Asia Barat. 

Dalam suasana ini, platform media sosial telah dinormalisasikan sebagai medan utama bagi majoriti rakyat untuk menzahirkan keluh-kesah, kritikan, serta reaksi masing-masing terhadap kemelut situasi semasa.

Bentuk reaksi yang telah ditunjukkan oleh warganet ini, sama ada ia dilontarkan dalam bentuk ulasan yang positif mahupun kecaman negatif terhadap persekitaran hidup yang sedang mereka hadapi pada hari ini, sebenarnya merupakan satu bentuk refleksi yang memanifestasikan tiga kecenderungan utama di dalam diri manusia. 

Kecenderungan yang pertama mewakili tahap intelektual manusia yang matang, di mana individu dalam kelompok ini berupaya berfikir secara waras, rasional dan kritis, serta lebih cenderung untuk mengemukakan pandangan yang membina dan konstruktif terhadap isu rantaian global yang sedang berlaku. 

Kecenderungan yang kedua pula memperlihatkan sikap mentaliti yang tidak mahu ambil peduli, di mana golongan ini langsung tidak mempunyai sebarang pandangan yang khusus dan tidak cakna terhadap isu semasa, apatah lagi jika ia berkisar tentang pergolakan antarabangsa. 

Seterusnya, kecenderungan yang ketiga pula melibatkan karakter individu yang sentiasa pantas mengkritik secara berlebihan, di mana kelompok ini akan sentiasa mencari-cari kelemahan untuk diviralkan dan membesarkan sisi keburukan terhadap apa jua bentuk inisiatif yang diusahakan oleh pihak berwajib semata-mata untuk mengurangkan tekanan krisis ekonomi tersebut.

Berpijak di bumi nyata dalam konteks corak kehidupan bermasyarakat di Malaysia, rantaian isu ekonomi ini sewajarnya diselami dan difahami sebagai sebuah isu geopolitik yang sangat memerlukan ruang lingkup pendedahan pengetahuan am yang mencukupi bagi membolehkan peningkatan tahap kesedaran orang ramai tentang betapa seriusnya impak domino daripada krisis keselamatan di Asia Barat terhadap kerangka sistem kewangan dunia. 

ArtikelBerkaitan

Jangan biarkan media sosial mengganggu siasatan jenayah

OPR kekal, sejauh mana ruang kewangan isi rumah mampu bertahan

7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

Naratif isu kenaikan harga bahan api ini tidak boleh sama sekali dirangka untuk dilihat sebagai sebuah isu kegagalan pihak kerajaan tempatan semata-mata, sebaliknya ia perlu diperjelaskan hakikat kedudukannya sebagai satu cabaran berskala makro yang melibatkan tindakan rantaian pelbagai negara dan sistem bekalan ekonomi yang saling bergantung. 

Perkara yang jauh lebih menggusarkan fikiran adalah apabila hakikat isu harga bahan api ini mula dibakar dan dimanipulasikan dengan rakus oleh golongan-golongan pelampau tertentu untuk dijadikan sebagai modal sebuah naratif propaganda demi mengaut keuntungan kepentingan peribadi masing-masing.

Budaya tindakan manipulasi kotor sebegini bukan sahaja dengan mudah berjaya mengaburkan tahap rasional intelek masyarakat terbanyak terhadap punca sebenar krisis geopolitik tersebut, malah provokasi ini berpotensi tinggi untuk terus menyemarakkan lagi api sentimen perkauman, menghalalkan tabiat penyebaran pelbagai bentuk fitnah, serta merancakkan gejala penularan rantaian maklumat berunsur palsu terhadap ketelusan sistem tadbir urus sesebuah negara. 

Krisis ekonomi yang amat sensitif ini amat wajar untuk dikelola dan ditangani bersama-sama dengan cermat, penuh bijaksana dan berhemah, terutamanya jika dilakukan melalui pendekatan usaha mendidik pemahaman ahli keluarga terdekat, kenalan rakan sekerja di pejabat, dan masyarakat sekeliling mengenai segala implikasi negatif yang mampu dibawa oleh gelombang krisis tersebut terhadap kelangsungan corak perbelanjaan harian, jaminan jangkauan peluang pekerjaan masa hadapan, serta jaminan tahap kestabilan kewangan bagi skala peribadi dan juga komuniti. 

Pembentukan pemahaman asas yang menyeluruh mengenai setiap impak krisis peperangan di Timur Tengah adalah satu keperluan yang sangat penting bagi menajamkan lagi acuan untuk membentuk sikap keperibadian ahli komuniti yang jauh lebih responsif, matang, dan sangat bertanggungjawab apabila menterjemahkan sebarang bentuk pandangan dalam setiap lapisan hierarki masyarakat.

Sehubungan dengan tanggungjawab besar itu, sanubari kemanusiaan masyarakat kita perlu terus diasuh dan dipupuk dengan pengukuhan nilai spiritual untuk sentiasa melafazkan kesyukuran dan berpegang kepada sifat qana‘ah, iaitu rasa rendah diri dan berasa sudah mencukupi terhadap segala lambakan pelbagai kurniaan nikmat yang masih direzekikan oleh-Nya kepada kita pada hari ini. 

Di antara himpunan nikmat duniawi terbesar yang masih dirasai oleh kita semua sudah pastinya merangkumi jaminan keistimewaan serta kebebasan bagi memandu dan menggunakan sebarang kapasiti kenderaan persendirian tanpa perlu disekat oleh sebarang akta bentuk sistem catuan bahan api sepertimana yang dirasai oleh jiran negara tetangga, pengekalan harga paras siling bahan api yang masih lagi dianggap relatif amat terkawal, serta ketiadaan sebarang peraturan baru berkenaan dasar larangan atau pengehadan jarak merentas daerah atau negeri di seluruh negara ini. 

Anugerah sifat yang sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan hidup ini sememangnya telah diperingatkan dan diwahyukan dengan begitu jelas oleh Allah SWT kepada setiap hamba-Nya menerusi sebuah intipati firman-Nya di dalam teks suci al-Quran menerusi perenggan Surah al-Naml ayat yang ke-40 yang terjemahannya membawa maksud: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.”

Dr. Ariyanti Mustapha

Dr. Ariyanti Mustapha merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul APIUM. Beliau juga sebahagian dari dapatan kajian di bawah Geran Khas Penyelidikan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).

  • Dr. Ariyanti Mustapha
    Peningkatan pelbagai isu sosial dan kes jenayah dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan masyarakat, yang kini berpandangan bahawa isu ini perlu ditangani secara menyeluruh oleh semua pihak.
    Oktober 21, 2025
    Ibu bapa bertanggungjawab atas kelakuan anak-anak
  • Dr. Ariyanti Mustapha
    etika dalam penggunaan AI
    Februari 12, 2025
    Perlukah etika dalam penggunaan AI?
Tags: kenaikan harga bahan apiKrisis minyak globalsubsidi BUDI95 Malaysia
ShareTweetShareSend
ADVERTISEMENT
Previous Post

Perluas sokongan hijau bantu PKS hadapi tekanan krisis global

Next Post

UPSI lancar laman web rasmi baharu pacu transformasi digital 

Artikel Berkaitan

The management of wastewater from oil and gas drilling operations presents a significant environmental and economic challenge, primarily due to the presence of toxic heavy metals such as lead, cadmium, and mercury.
Rencana

Cleaning wastewater without creating more pollution

Julai 28, 2026
97
Photo by National Institute of Allergy and Infectious Diseases - Unsplash
Kesihatan dan Kesejahteraan

When the heat rises, so do the mosquitoes — and dengue

Jun 16, 2025
61
Dr. Mohd Afifuddin Mohamad mengupas peranan al-Quran sebagai syifa' atau penawar holistik dalam mendepani isu kesihatan mental zaman moden. Ia menekankan bahawa kemurungan bukan tanda kelemahan iman, dan terapi spiritual melalui ayat suci adalah pelengkap berkesan kepada rawatan klinikal untuk memulihkan jiwa yang letih.
Agama dan Moral

Jadikan Al-Quran sebagai Syifa’ dalam mencari penawar tekanan hidup

Februari 27, 2026
29
Next Post
UPSI lancar laman web rasmi baharu pacu transformasi digital

UPSI lancar laman web rasmi baharu pacu transformasi digital 

TP-Link, UiTM rapatkan jurang bakat rangkaian perusahaan

TP-Link, UiTM rapatkan jurang bakat rangkaian perusahaan 

Gambaran AEON Mall KL Midtown yang terletak bersebelahan menara pejabat, komponen kediaman serta Hyatt Regency Kuala Lumpur di KL Midtown.

AEON Mall KL Midtown dibuka suku ke-4 2026 di KL Metropolis

Sorotan Utama

Presiden Perancis Emmanuel Macron adakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia, lonjak hubungan ke Perkongsian Strategik

MITI nafi beri pelepasan kepada Megaspeed International dan Speedmatrix, siasat kemungkinan eksport semula cip AI

JPPKK perkasa pembelajaran fleksibel menerusi pelancaran Pusat APEL M, APMS dan garis panduan Micro-Credentials

Sim rasmi TikTok Shop LIVE Hub di Pulau Pinang, usahawan boleh guna studio secara percuma

Amaran ribut petir di Perak, Pahang dan Sabah sehingga 1 tengah hari ini – METMalaysia

Istana Negeri Sembilan belum sahkan ketulenan surat peletakan jawatan Ismail Lasim

Trending

Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig
Gaya Hidup

Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig

by Ed Junaidi
November 17, 2026
0
9

Robert Pattinson diumumkan sebagai James Bond baharu, menggantikan Daniel Craig dalam filem ke-26 francais perisik Britain itu...

MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi

MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi

November 17, 2026
9
Close-up of a computer chip on a blue circuit board with glowing light patterns. Concept for artificial intelligence, quantum computing and data processing

AS ketatkan peraturan eksport cip AI, Malaysia antara negara terlibat

November 17, 2026
10
Presiden Perancis Emmanuel Macron adakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia, lonjak hubungan ke Perkongsian Strategik

Presiden Perancis Emmanuel Macron adakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia, lonjak hubungan ke Perkongsian Strategik

November 17, 2026
11
MITI nafi beri pelepasan kepada Megaspeed International dan Speedmatrix, siasat kemungkinan eksport semula cip AI

MITI nafi beri pelepasan kepada Megaspeed International dan Speedmatrix, siasat kemungkinan eksport semula cip AI

November 17, 2026
10
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig

Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig

November 17, 2026
MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi

MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi

November 17, 2026
Close-up of a computer chip on a blue circuit board with glowing light patterns. Concept for artificial intelligence, quantum computing and data processing

AS ketatkan peraturan eksport cip AI, Malaysia antara negara terlibat

November 17, 2026

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Aktif
    • Cantik
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda AI Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Fadillah Yusof Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kementerian Kewangan Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton PRU15 Ramadan Sabah Sarawak Selangor Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,735)
    • Dunia (58)
    • Ekonomi & Niaga (436)
    • Kembara & Pelancongan (131)
    • Kesihatan (65)
    • Nasional (701)
    • Politik (103)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (34)
    • Sekolah & Kampus (98)
    • Sosial (20)
    • Sukan (33)
  • Gaya Hidup (406)
    • Aktif (3)
    • Cantik (1)
    • Cipta Rasa (1)
    • Ilmu (6)
    • Kembara (154)
    • Selera (36)
    • Seni (116)
    • Teknologi (59)
    • Warisan (28)
  • Negeri (112)
    • Johor (5)
    • Kedah (4)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (2)
    • Pahang (2)
    • Perak (15)
    • Perlis (1)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (6)
    • Sarawak (17)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (3)
  • Rencana (316)
    • Agama dan Moral (39)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (39)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (53)
    • Keluarga (28)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (28)
    • Lestari (26)
    • Pendapat (8)
    • Pendidikan dan Kerjaya (45)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (16)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig

Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig

November 17, 2026
MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi

MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi

November 17, 2026
Close-up of a computer chip on a blue circuit board with glowing light patterns. Concept for artificial intelligence, quantum computing and data processing

AS ketatkan peraturan eksport cip AI, Malaysia antara negara terlibat

November 17, 2026
Presiden Perancis Emmanuel Macron adakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia, lonjak hubungan ke Perkongsian Strategik

Presiden Perancis Emmanuel Macron adakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia, lonjak hubungan ke Perkongsian Strategik

November 17, 2026
MITI nafi beri pelepasan kepada Megaspeed International dan Speedmatrix, siasat kemungkinan eksport semula cip AI

MITI nafi beri pelepasan kepada Megaspeed International dan Speedmatrix, siasat kemungkinan eksport semula cip AI

November 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2026. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama