• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Khamis, 8 Oktober 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

    Kemenangan sulung Max Verstappen musim 2026 di Sepang raih kejayaan pertama Red Bull Ford Powertrains

    Kemenangan sulung Max Verstappen musim 2026 di Sepang raih kejayaan pertama Red Bull Ford Powertrains

    Colours of Parade himpun 1,500 penari semarakkan kemuncak Citrawarna Speed Festival 2026

    Colours of Parade himpun 1,500 penari semarakkan kemuncak Citrawarna Speed Festival 2026

    F1 kembali ke Sepang catat rekod 261,000 penonton, Max Verstappen rangkul kemenangan GP Bahrain 2026

    F1 kembali ke Sepang catat rekod 261,000 penonton, Max Verstappen rangkul kemenangan GP Bahrain 2026

    Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober

    Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober

    100 startup teknologi Malaysia jana pendapatan RM8.5 bilion bagi FY2024

    100 startup teknologi Malaysia jana pendapatan RM8.5 bilion bagi FY2024

    Penyu belimbing mendarat kali ke-4 di Terengganu, 70 telur berjaya diselamatkan

    Penyu belimbing mendarat kali ke-4 di Terengganu, 70 telur berjaya diselamatkan

    Lelaki mengaku tidak bersalah didakwa urus pertubuhan MERHROM tidak berdaftar

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Nourul Depp sekali lagi dipilih sertai PERANTIS 2026

    Nourul Depp sekali lagi dipilih sertai PERANTIS 2026

    Karya terbaharu dari Malique, Zizi Kirana, dan kemunculan semula Yasin Sulaiman

    Karya terbaharu dari Malique, Zizi Kirana, dan kemunculan semula Yasin Sulaiman

    5 sebab kenapa selatan Perak wajib masuk dalam senarai percutian anda

    5 sebab kenapa selatan Perak wajib masuk dalam senarai percutian anda

    Kamera bingkai penuh Canon EOS R8 Mark II tampil reka bentuk padat

    Kamera bingkai penuh Canon EOS R8 Mark II tampil reka bentuk padat

    Empat artis tarik diri daripada konsert jelajah Ed Sheeran susulan solidariti Macklemore bersama Gaza

    Empat artis tarik diri daripada konsert jelajah Ed Sheeran susulan solidariti Macklemore bersama Gaza

    Antara keselamatan jerebu dan pilihan destinasi perlancongan

    Antara keselamatan jerebu dan pilihan destinasi perlancongan

    DUA LAYAR – Selebriti ke Kanvas meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026

    Balai Seni Negara pamer karya selebriti tempatan di Festival Budaya Malaysia 2026

    Hope yang mula ditayangkan di Korea Selatan pada 15 Julai 2026 telah mencatatkan kejayaan pecah panggung

    Filem sci-fi seram Korea ‘Hope’ arahan Na Hong-jin mula ditayangkan di pawagam Malaysia 10 September

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Antara lelah dan ladang pahala

Dr. Nurul Husna Mansor by Dr. Nurul Husna Mansor
Jun 3, 2025
in Agama dan Moral, Rencana
Reading Time: 5 mins read
0 0
0
Home Rencana Agama dan Moral
Share on FacebookShare on Twitter

Saban tahun, jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia akan berhimpun di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima iaitu ibadah haji. Hakikatnya, ibadah haji bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi juga perjalanan spiritual atau lebih tepatnya rohani. Justeru, ia menuntut begitu banyak kesabaran, pengorbanan dan pengendalian diri. Menjadi tetamu Allah SWT di bumi yang penuh barakah bukan hanya soal menyempurnakan amalan-amalan haji, tetapi juga menzahirkan adab yang selayaknya bagi seorang tetamu yang diundang ke rumah-Nya. Di sinilah terletaknya nilai sebenar ibadah di antara lelah jasmani dan ladang pahala yang terbentang luas.

Tatkala menjejakkan kaki di Tanah Suci, perasaan syukur, kagum dan gementar sudah pasti bersilih ganti. Namun, semakin hari berlalu, cabaran baru akan mula dirasai. Suhu panas yang mencecah hampir 50 darjah celsius, kesesakan manusia dari pelbagai latar belakang bangsa, warna kulit dan budaya, kekangan komunikasi malah keletihan fizikal yang melampau kadangkala cukup mencabar kesabaran. Dalam situasi sebegini, tidak dapat dinafikan adakalanya jemaah akan cenderung hilang kawalan emosi. Namun, di sebalik semua itu Allah SWT membuka ruang pahala yang tidak ternilai. Dalam setiap kesusahan dan lelah, ada ganjaran yang tersembunyi selagi mana adab dan akhlak terus dipelihara. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud:

“(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).”

ADVERTISEMENT

Ayat ini jelas menggariskan bahawa ibadah haji bukan hanya tentang melengkapkan rukun, tetapi juga menuntut pengawalan diri daripada tutur kata yang keji dan kotor, maksiat serta perbalahan. Adab menjadi penentu sama ada haji itu mabrur atau tidak. Setiap langkah di Tanah Haram juga adalah peluang untuk setiap jemaah menuai pahala. Menahan marah ketika ditolak semasa bertawaf, tersenyum meskipun hati penat dalam himpitan dan ketidakselasaan, membantu jemaah lain yang memerlukan semua ini adalah ladang pahala yang tidak didapati di tempat lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih utama daripada 1,000 solat di masjid lain, kecuali Masjidil Haram. Dan solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 solat di masjid lain.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Para ulama menjelaskan bahawa ganjaran 100,000 kali ganda ini bukan hanya dikhususkan untuk solat, tetapi turut merangkumi semua amal soleh yang dilakukan di Mekah termasuk sabar, sedekah, membantu jemaah lain, menjaga adab dan sebagainya. Maka setiap perbuatan baik sewaktu berada di Tanah Suci sangat besar nilainya di sisi Allah SWT.

Antara adab yang perlu dititikberatkan termasuk menjaga aurat dengan berpakaian sopan dan sesuai, menjaga kebersihan, tidak bercakap perkara yang kotor atau keji, bertolak ansur dalam pergaulan serta menghormati jemaah dari negara lain. Kita juga perlu ingat bahawa jemaah haji bukan hanya mewakili diri sendiri, tetapi juga negara. Tindak-tanduk kita akan dinilai dan diperhatikan oleh jemaah lain dan di sinilah pentingnya menjaga imej negara Islam seperti Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa. Adab juga mencerminkan keadaan hati. Justeru, orang yang menjaga adab biasanya memiliki hati yang jernih, tenang dan berserah.

Dalam kesibukan ibadah, jangan lupa juga untuk bermuhasabah apakah haji ini sedang menjadikan kita insan yang lebih penyabar, lebih merendah diri serta lebih pemaaf? Kita sering disibukkan dengan memastikan haji kita sah dari sudut syarak seperti wukuf, tawaf, sa’ie dan melontar tetapi bagaimana pula dari segi batinnya? Adakah kita telah benar-benar menjadi tetamu yang sopan dan berakhlak di rumah Allah swt?

Ibadah haji seharusnya menjadi madrasah dalam mendidik dan membentuk akhlak kita bukan sahaja untuk tempoh haji itu sendiri, tetapi untuk sepanjang hayat setelah pulang ke tanah air masing-masing. Jika kita mampu bersabar dalam himpitan dan kesesakan jutaan manusia di Mina dan Arafah, mengapa tidak boleh bersabar dalam kesesakan jalan raya di tanah air? Jika kita boleh bangun seawal mungkin untuk solat sunat dan solat Subuh berjemaah di Masjidil Haram, mengapa tidak teruskan rutin itu di rumah? Jika di Tanah Suci kita mampu bersangka baik terhadap jemaah yang tidak kita kenal, mengapa tidak memanjangkan sikap itu kepada jiran dan rakan sekerja di tanah air?

ArtikelBerkaitan

Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Batang pisang berpotensi cetuskan inovasi nanoteknologi hijau di Malaysia

Pepatah Melayu ada menyebut, “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.” Ungkapan ini mengingatkan kita bahawa adab dan akhlak mulia wajar dipelihara tidak kira di mana kita berada. Andai sepanjang berada di Tanah Suci kita begitu ringan menghulur bantuan dan bermurah hati dalam memberi, alangkah indahnya jika budaya murni itu terus dibawa pulang dan disuburkan dalam kehidupan harian.

Dan jika di Tanah Suci kita boleh mengawal emosi dalam situasi sesak dan mendesak, sudah tentu kita juga mampu lebih sabar dalam mengendalikan emosi ketika berdepan kerenah anak-anak di rumah. Seperti pepatah ‘Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit’, amalan sabar dan kebaikan yang konsisten akan membentuk perubahan besar dalam hidup. Itulah jiwa haji yang sebenarnya bukan sekadar sah dari sudut syariat, tetapi terbukti melalui akhlak dan adab yang terus berkembang dalam kehidupan harian.

Dalam pada itu, penting juga untuk kita menyedari bahawa ujian yang datang sepanjang haji bukanlah satu bentuk kecelakaan, tetapi satu bentuk pendidikan rohani. Allah SWT tidak menjemput kita bertandang ke rumah-Nya tanpa sebab. Setiap kelewatan, setiap kesempitan ruang, setiap keadaan yang menguji kesabaran semuanya adalah “latihan praktikal” untuk membentuk jiwa hamba yang reda dan merendah diri. Maka, setiap kali kita diuji, tanyakan pada diri sendiri: adakah aku sedang bertindak seperti tetamu Allah SWT yang sebenar?

Pada ketika itu, pangkat, gelaran atau status duniawi tidak lagi membawa makna. Semua berdiri sama rata di sisi Kaabah, menyarung pakaian ihram yang serupa, menadah tangan kepada Tuhan yang sama. Tiada yang lebih mulia melainkan mereka yang paling bertakwa. Justeru, inilah saat untuk kita berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan, sabar, membantu, memaafkan dan berakhlak seindah mungkin, kerana hanya itu yang akan dinilai di sisi Allah SWT.

Akhirnya, keberkatan ibadah haji tidak hanya diukur ketika kita berada di Tanah Suci, tetapi lebih utama, ia terpancar dalam kehidupan selepas kembali ke tanah air. Apakah kita pulang sebagai insan yang lebih beradab, lebih tawaduk dan lebih menjaga hubungan dengan sesama manusia serta dengan Tuhan? Jika ya, itulah tanda bahawa haji yang kita laksanakan benar-benar memberi makna. Marilah kita manfaatkan setiap detik yang dilalui sepanjang berada di Tanah Suci sebagai ruang untuk bermuhasabah dan memperteguh iltizam terhadap akhlak yang mulia, bukan untuk meraih pandangan manusia, tetapi kerana kita yakin bahawa setiap langkah yang dihayun sepanjang ibadah ini sedang dinilai oleh Allah SWT, Tuan Rumah yang telah memuliakan kita sebagai tetamu-Nya yang istimewa.

Dalam kesibukan suasana haji, amat penting untuk kita menyedari bahawa setiap detik di Tanah Suci adalah peluang berharga yang tidak sepatutnya disia-siakan. Elakkan daripada membuang masa dengan perkara yang tidak bermanfaat seperti berbual kosong tanpa tujuan, terlalu asyik bermain telefon, melayari media sosial atau berswafoto secara berlebihan, apatah lagi sehingga sanggup melakukan siaran langsung di hadapan Kaabah. Semua ini boleh mengalihkan hati dan perhatian daripada tujuan sebenar kita bertamu iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sebaliknya, masa yang ada sepatutnya diisi dengan amalan yang menghidupkan hati memperbanyakkan zikir, solat sunat, membaca al-Quran, beristighfar serta bermunajat dengan penuh keikhlasan. Ketika berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina misalnya, adalah antara detik-detik paling berharga sepanjang ibadah haji. Ia bukan sahaja padat dengan makna spiritual, bahkan menjadi medan latihan bagi sabar, muhasabah dan penyerahan diri secara total kepada Allah. Waktunya amat terhad, tetapi nilainya sangat besar.

Ingatlah, tidak semua orang diberi peluang menunaikan haji, dan bagi sebahagian kita, mungkin inilah satu-satunya peluang sepanjang hayat. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan yang dikurniakan haji mabrur bukan sekadar haji yang sah dan diterima, tetapi haji yang memperhalus budi, memperindah akhlak, dan menyucikan jiwa. Maka, benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Haji yang mabrur, tiada ganjaran baginya melainkan syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Nurul Husna SQUARE
Dr. Nurul Husna Mansor

Dr. Nurul Husna Mansor ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

    Tags: MalaysiaTanah Suci Mekah
    ShareTweetShareSend
    ADVERTISEMENT
    Previous Post

    Meningkatkan minat STEM

    Next Post

    Ibadah korban manifestasi rasa syukur

    Artikel Berkaitan

    Moral Policing
    Isu Semasa

    The folly of moral policing

    Mac 26, 2025
    123
    Ustaz Khairul bersama jam matahari
    Inspirasi

    Perginya permata ilmu falak negara

    Julai 7, 2025
    48
    Mengurus rezeki pada bulan Ramadhan
    Lestari

    Mengurus rezeki pada bulan Ramadan

    Mac 16, 2026
    33
    Next Post
    Gambar hiasan oleh Julian - Unsplash

    Ibadah korban manifestasi rasa syukur

    Gambar hiasan oleh Leandro Callegari - Unsplash

    Cabaran penjagaan warga emas, keperluan paliatif dan geriatrik, serta hala tuju masa depan

    Pelancaran video promosi Tahun Melawat Selangor 2025 dalam bahasan Mandarin oleh YBM Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

    Tahun Melawat Selangor 2025 sasar peningkatan 25% pelancong dari China

    Sorotan Utama

    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

    Kemenangan sulung Max Verstappen musim 2026 di Sepang raih kejayaan pertama Red Bull Ford Powertrains

    Colours of Parade himpun 1,500 penari semarakkan kemuncak Citrawarna Speed Festival 2026

    F1 kembali ke Sepang catat rekod 261,000 penonton, Max Verstappen rangkul kemenangan GP Bahrain 2026

    Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober

    Trending

    Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa
    Kesihatan dan Kesejahteraan

    Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

    by Akses Malaysia
    Oktober 7, 2026
    0
    13

    Saringan payudara secara berkala dapat membantu mengesan kanser payudara pada peringkat awal, walaupun sebelum sebarang gejala muncul....

    Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

    Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

    Oktober 7, 2026
    18
    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Oktober 5, 2026
    25
    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

    Oktober 5, 2026
    16
    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

    Oktober 7, 2026
    25
    No Result
    View All Result
    ADVERTISEMENT
    Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

    Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

    Oktober 7, 2026
    Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

    Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

    Oktober 7, 2026
    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Oktober 5, 2026

    Segmen

    • Berita
      • Dunia
      • Ekonomi & Niaga
      • Kembara & Pelancongan
      • Kesihatan
      • Nasional
      • Politik
      • Sains, Teknologi & Komunikasi
      • Sekolah & Kampus
      • Sosial
      • Sukan
    • Gaya Hidup
      • Aktif
      • Cipta Rasa
      • Ilmu
      • Kembara
      • Selera
      • Seni
      • Teknologi
      • Warisan
    • Negeri
      • Johor
      • Kedah
      • Kelantan
      • Melaka
      • Negeri Sembilan
      • Pahang
      • Perak
      • Pulau Pinang
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Rencana
      • Agama dan Moral
      • Dunia
      • Ekonomi dan Niaga
      • Gaya Hidup
      • Inspirasi
      • Isu Semasa
      • Keluarga
      • Kesihatan dan Kesejahteraan
      • Lestari
      • Pendapat
      • Pendidikan dan Kerjaya
      • Sains, Teknologi dan Komunikasi
      • Sukan

    Topik

    AEON Agoda AI Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

    Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

    Ikuti kami di laman media sosial:

    ADVERTISEMENT

    Popular

    • NASI KANDAQ FEST

      10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Tradisi pelita panjut terus menyala

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

      0 shares
      Share 0 Tweet 0

    Segmen

    • Berita (1,646)
      • Dunia (56)
      • Ekonomi & Niaga (429)
      • Kembara & Pelancongan (122)
      • Kesihatan (64)
      • Nasional (644)
      • Politik (102)
      • Sains, Teknologi & Komunikasi (32)
      • Sekolah & Kampus (90)
      • Sosial (19)
      • Sukan (30)
    • Gaya Hidup (395)
      • Aktif (3)
      • Cipta Rasa (1)
      • Ilmu (6)
      • Kembara (146)
      • Selera (35)
      • Seni (114)
      • Teknologi (59)
      • Warisan (28)
    • Negeri (108)
      • Johor (5)
      • Kedah (2)
      • Kelantan (1)
      • Melaka (4)
      • Negeri Sembilan (2)
      • Pahang (2)
      • Perak (15)
      • Pulau Pinang (3)
      • Sabah (6)
      • Sarawak (16)
      • Selangor (31)
      • Terengganu (2)
    • Rencana (314)
      • Agama dan Moral (39)
      • Dunia (9)
      • Ekonomi dan Niaga (37)
      • Gaya Hidup (6)
      • Inspirasi (9)
      • Isu Semasa (52)
      • Keluarga (27)
      • Kesihatan dan Kesejahteraan (29)
      • Lestari (26)
      • Pendapat (8)
      • Pendidikan dan Kerjaya (45)
      • Sains, Teknologi dan Komunikasi (16)
      • Sukan (2)

    Berita Terkini

    Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

    Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

    Oktober 7, 2026
    Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

    Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

    Oktober 7, 2026
    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Oktober 5, 2026
    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

    Oktober 5, 2026
    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

    Oktober 7, 2026
    • Tentang Kami
    • Dasar Privasi
    • Pengiklanan
    • Karier
    • Hubungi Kami

    © 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In

    Add New Playlist

    No Result
    View All Result
    • Utama