• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Khamis, 14 Mei 2026
  • Log Masuk
Akses Malaysia
  • Berita
    • Semua
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    MCVE 2026 teroka inovasi kenderaan komersial dan ESG 

    MCVE 2026 teroka inovasi kenderaan komersial dan ESG 

    MPOC Shanghai

    Malaysia sasar minyak sawit sebagai penggerak strategik pertumbuhan industri masa hadapan bersama China

    CelcomDigi Young Talent Programme (YTP)

    CelcomDigi cari 20 bakat muda Malaysia sertai Program Bakat Muda

    FWD Takaful

    FWD Malaysia rai pemenang hadiah utama kempen pelanggan

    Malaysia Airlines

    Malaysia Airlines kekal prestasi ketepatan masa melebihi 90 peratus sepanjang April 2026

    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    SME Corp peruntuk RM12 juta perkasa 500 usahawan belia Bumiputera

    AirAsia X memeterai perjanjian tempahan 150 pesawat Airbus A220 bernilai AS$19 bilion bagi memacu transformasi rangkaian penerbangan tambang rendah global bermula 2028.

    AirAsia X lakar sejarah dengan tempahan 150 pesawat Airbus A220

    UM, UPSI tanam 300 pokok di Hutan Simpan Kenderong

    UM, UPSI tanam 300 pokok di Hutan Simpan Kenderong

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Semua
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    Malaysia dipilih sebagai lokasi pencarian bakat kerana mempunyai ramai penggiat seni persembahan yang berpotensi besar untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

    Hong Kong Disneyland cari bakat baharu di Malaysia buat kali pertama

    Best Actor Supporting Role Nabila Huda with Farida Merican n Joe Hasham

    Nabila Huda raih trofi sulung teater, 21BCAA nobat dua Persembahan Terbaik

    Menu Highlights by Executive Chef Wisnu Adityama

    Jiwa Nusantara dalam kulinari Bali di Renaissance Johor Bahru Hotel

    Konsert DATO’ M.N47IR

    Konsert DATO’ M.N47IR CIPTA 4 bakal lakar sejarah epik di Unifi Arena pada Julai 2026

    Tonton konsert ulang tahun ke-20 Hujan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 27 Jun 2026! Dapatkan tiket mulai 10 April ini. Jangan lepaskan peluang!

    Meraikan Hujan 20 tahun, menyeru roh Indie dan Raingers

    Penyanyi P. Radhi melancarkan single Aidilfitri terbaharu, “Raya Bersama”, yang mengangkat nostalgia dan suasana klasik hari raya.

    Berdendang nostalgia Aidilfitri dengan P. Radhi

    The Raya Syndicate

    Sambut Raya dengan irama ska

    Blackpink

    Kedai pop-up BLACKPINK [DEADLINE] mula dibuka di 1 Utama

    Momen kebersamaan ketika menikmati hidangan bersama, melambangkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

    GOYANG RAYA: Manifestasi Citra Warna dan Simbol Perpaduan Negara

    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
Akses Malaysia
  • Berita
    • Semua
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    MCVE 2026 teroka inovasi kenderaan komersial dan ESG 

    MCVE 2026 teroka inovasi kenderaan komersial dan ESG 

    MPOC Shanghai

    Malaysia sasar minyak sawit sebagai penggerak strategik pertumbuhan industri masa hadapan bersama China

    CelcomDigi Young Talent Programme (YTP)

    CelcomDigi cari 20 bakat muda Malaysia sertai Program Bakat Muda

    FWD Takaful

    FWD Malaysia rai pemenang hadiah utama kempen pelanggan

    Malaysia Airlines

    Malaysia Airlines kekal prestasi ketepatan masa melebihi 90 peratus sepanjang April 2026

    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    SME Corp peruntuk RM12 juta perkasa 500 usahawan belia Bumiputera

    AirAsia X memeterai perjanjian tempahan 150 pesawat Airbus A220 bernilai AS$19 bilion bagi memacu transformasi rangkaian penerbangan tambang rendah global bermula 2028.

    AirAsia X lakar sejarah dengan tempahan 150 pesawat Airbus A220

    UM, UPSI tanam 300 pokok di Hutan Simpan Kenderong

    UM, UPSI tanam 300 pokok di Hutan Simpan Kenderong

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Semua
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    Malaysia dipilih sebagai lokasi pencarian bakat kerana mempunyai ramai penggiat seni persembahan yang berpotensi besar untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

    Hong Kong Disneyland cari bakat baharu di Malaysia buat kali pertama

    Best Actor Supporting Role Nabila Huda with Farida Merican n Joe Hasham

    Nabila Huda raih trofi sulung teater, 21BCAA nobat dua Persembahan Terbaik

    Menu Highlights by Executive Chef Wisnu Adityama

    Jiwa Nusantara dalam kulinari Bali di Renaissance Johor Bahru Hotel

    Konsert DATO’ M.N47IR

    Konsert DATO’ M.N47IR CIPTA 4 bakal lakar sejarah epik di Unifi Arena pada Julai 2026

    Tonton konsert ulang tahun ke-20 Hujan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 27 Jun 2026! Dapatkan tiket mulai 10 April ini. Jangan lepaskan peluang!

    Meraikan Hujan 20 tahun, menyeru roh Indie dan Raingers

    Penyanyi P. Radhi melancarkan single Aidilfitri terbaharu, “Raya Bersama”, yang mengangkat nostalgia dan suasana klasik hari raya.

    Berdendang nostalgia Aidilfitri dengan P. Radhi

    The Raya Syndicate

    Sambut Raya dengan irama ska

    Blackpink

    Kedai pop-up BLACKPINK [DEADLINE] mula dibuka di 1 Utama

    Momen kebersamaan ketika menikmati hidangan bersama, melambangkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

    GOYANG RAYA: Manifestasi Citra Warna dan Simbol Perpaduan Negara

    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
Akses Malaysia
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan

Erti keseimbangan dunia digital menjelang 2026

Dr. Nor Nazrina Mohamad Nazry oleh Dr. Nor Nazrina Mohamad Nazry
Januari 2, 2026
dalam Rencana, Sains, Teknologi dan Komunikasi
Tempoh bacaan:4 minit bacaan
0 0
0
Utama Rencana
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2025 bakal melabuhkan tirainya. Bagi kehidupan digital, boleh dirumuskan bahawa negara Malaysia dan rakyatnya kini telah “bermastautin” sepenuhnya dalam dunia ini.

Pada awal tahun ini, jumlah pengguna internet di negara kita dilaporkan mencecah 34.9 juta dengan kadar penembusan dalam talian sebanyak 97.7 peratus. Jelaslah bahawa hampir setiap sudut kehidupan kita—sama ada pekerjaan, pembelajaran, urusan jual beli, mahupun aktiviti kerohanian—kini terkesan dengan perkembangan teknologi digital.

Lonjakan ekonomi digital Malaysia

Dari aspek ekonomi, pencapaian Malaysia sungguh memberangsangkan. Pada tahun ini, negara kita dijangka memperoleh Nilai Dagangan Kasar (Gross Merchandise Value – GMV) sebanyak AS$39 bilion dalam ekonomi digital. Jumlah ini bersamaan lebih kurang RM161 bilion. Kemajuan ini sekali gus membuktikan bahawa Malaysia merupakan pasaran digital yang berkembang paling pesat di Asia Tenggara.

IKLAN

Jika dilihat dari segi e-dagang sahaja, Malaysia telah menjana hasil sebanyak RM937.5 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, meningkat sebanyak 1.9 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2024. Pertumbuhan ini bergerak selari dengan aspirasi negara yang menyasarkan ekonomi digital menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2025, satu sasaran yang ditetapkan di bawah inisiatif Rangka Kerja MyDIGITAL.

Sisi gelap dunia maya

Namun demikian, di sebalik angka yang memukau ini, tersimpan banyak kisah rumit mengenai kehidupan dalam dunia digital. Rakyat Malaysia kini dianggarkan melayari media sosial secara purata enam jam sehari, hampir menyamai waktu bekerja normal di pejabat.

Di samping itu, kajian berkaitan ketagihan digital mendapati masa skrin anak-anak muda melonjak kepada lapan jam sehari, melibatkan penggunaan pelbagai peranti serentak. Lebih merisaukan, penglibatan berlebihan kelompok ini dalam platform seperti TikTok dan Instagram mengundang kesan buruk kepada kualiti tidur, tempoh tumpuan (attention span) dan fokus akademik di sekolah.

Bagi kanak-kanak, risikonya jauh lebih berbahaya. Berdasarkan kajian Disrupting Harm in Malaysia, seorang daripada 25 kanak-kanak di negara kita yang berusia antara 12 hingga 17 tahun pernah mengalami eksploitasi atau penyalahgunaan seksual dalam talian, termasuk kes peras ugut dan perkongsian gambar peribadi secara paksa.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengingatkan kita dan semua pemegang taruh bahawa dunia digital bergerak pantas, maka perlindungan kepada kanak-kanak mestilah bergerak jauh lebih pantas.

Polisi 2026: Larangan atau Pendidikan?

Terbaru, pendekatan kerajaan dalam menangani isu ini kelihatan tegas. Bermula tahun 2026, negara merancang untuk melarang pemilikan akaun media sosial bagi individu di bawah umur 16 tahun, dengan pengesahan umur menggunakan dokumen pengenalan rasmi.

Walau bagaimanapun, pendekatan ini mendapat reaksi berbeza. Golongan penyokong bersetuju bahawa ia merupakan perisai ampuh terhadap buli siber, penipuan dan pengantunan kanak-kanak (grooming). Sebaliknya, pengkritik bimbang jika dilarang sepenuhnya, anak-anak akan beralih kepada platform yang tidak terkawal atau menggunakan aplikasi tanpa langganan rasmi yang lebih berisiko.

Justeru, golongan pengkritik menegaskan bahawa pendidikan adalah kunci sebenar dalam menangani isu ini, bukan sekadar larangan. Segala isu ini berbalik kepada kata-kata ahli sejarah teknologi terkenal, Profesor Melvin Kranzberg, yang menyebut bahawa “teknologi itu bukanlah sifatnya baik atau jahat, dan bukan juga neutral”.

Ini bermaksud, terpulang kepada kita untuk membuat pilihan. Di negara kita, polisi dan peraturan telah diperkenalkan, justeru jadikanlah ia sebagai panduan dan misi utama.

Agenda Tindakan 2026

Menjelang tahun 2026, apakah tindakan kita? Berikut adalah tiga langkah utama:

Pertama: Berhijrah daripada akses biasa kepada akses sihat. Malaysia sedaya upaya telah menyelesaikan masalah kesalinghubungan (connectivity). Kini, kita perlu menangani impak hasil hubungan tersebut. Sekolah, universiti dan institusi keluarga memerlukan panduan masa skrin yang jelas dan bersesuaian dengan umur bagi mengimbangi pembelajaran, rehat, aktiviti luar dan hubungan fizikal. Panduan ini perlu dibentuk berasaskan bukti penyelidikan tempatan dalam bidang kesihatan dan pendidikan.

ArtikelBerkaitan

Tangani isu kenaikan minyak global dengan berhemah dan bijak

Perluas sokongan hijau bantu PKS hadapi tekanan krisis global

Ibrah untuk Syawal di sebalik krisis Iran-AS

Kedua: Anggap keselamatan digital ibarat keselamatan jalan raya. Walaupun kemalangan berlaku, kita tidak berhenti menggunakan jalan raya. Sebaliknya, kita membina peraturan, papan tanda dan memupuk tabiat memandu yang berhemah. Sama juga dengan kehidupan digital. Pada tahun 2026, modul keselamatan siber perlu dijadikan amalan standard merentasi kurikulum, mengetengahkan ketahanan emosi, rasa empati dalam talian dan literasi media yang mantap. Sistem perlindungan kanak-kanak juga perlu diperkukuh, bukan sekadar bergantung pada peraturan platform digital semata-mata.

Data menunjukkan jumlah kanak-kanak yang meminta bantuan daripada saluran sah adalah sangat rendah. Ini bermaksud talian bantuan, kaunselor sekolah, pihak polis dan platform teknologi perlu bekerjasama rapat. Anak-anak perlu dididik untuk membuat aduan di saluran yang betul apabila ternampak atau terlibat dengan salah laku dalam talian.

Ketiga: Selarikan hala tuju Kecerdasan Buatan (AI) dengan tadbir urus yang kukuh. Negara mahu dikenali sebagai hab AI dan data, disokong oleh pelaburan syarikat teknologi gergasi. Namun, penggunaan AI dalam pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan awam perlu diselaraskan dengan peraturan yang jelas terhadap privasi, bias, dan kebertanggungjawaban. Jika tidak, kemajuan teknologi ini hanya akan melebarkan lagi jurang ketidaksamarataan digital.

Penutup Bicara

Sebagai penutup bicara, seorang rakyat digital yang bertanggungjawab bukan sekadar pengguna aplikasi yang pasif. Mereka adalah pencipta bersama yang berpengetahuan—individu yang boleh menjana kandungan digital, menilai maklumat secara kritikal, melindungi data peribadi, dan tahu bila masanya untuk “menutup” sesi digital mereka.

Tahun 2025 membuktikan masyarakat kita mampu berhubung tanpa sempadan. Oleh itu, 2026 merupakan tahun untuk kita memilih bentuk masyarakat digital yang kita inginkan. Tentunya kita mahukan masyarakat yang inovatif, namun pada masa yang sama lebih baik hati, lebih selamat dan kekal dengan nilai kemanusiaan.

Pilihan ini jelas ada dalam setiap ketukan, leretan dan perkongsian kita di dalam dunia digital.

Nor Nazrina Mohamad Nazry
Dr. Nor Nazrina Mohamad Nazry

Dr Nor Nazrina Mohamad Nazry ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan di Universiti Malaya.

  • Dr. Nor Nazrina Mohamad Nazry
    Dahulu atau kini, intipati Ramadan tetap sama: Mencari diri dalam ketaatan. Biarpun dunia berubah pantas dengan teknologi, jangan biarkan jiwa kita tertinggal dalam mencari keredaan-Nya. Selamat bermuhasabah.
    Mac 12, 2026
    Mulakan kehidupan digital sihat sepanjang Ramadan ini
  • Dr. Nor Nazrina Mohamad Nazry
    Disember 11, 2025
    Bina tabiat teknologi baik dari awal, demi produktiviti akan datang
  • Dr. Nor Nazrina Mohamad Nazry
    Berpakaian seragam sekolah, tapi tiada dalam kelas
    Oktober 9, 2025
    Berpakaian seragam sekolah, tapi tiada dalam kelas
  • Dr. Nor Nazrina Mohamad Nazry
    Gambar hiasan oleh Conikal - Unsplash
    Oktober 7, 2025
    Impian 5G tetapi realitinya hanya 3G?
Tags: Ekonomi digital Malaysiakeselamatan siber kanak-kanakketagihan media sosial
KongsiTweetKongsiHantar
IKLAN
Artikel Sebelumnya

Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar

Artikel Berikutnya

UPSI antara 27 IPT meterai MoU dengan YADIM, perkasa agenda dakwah melalui pendidikan

Artikel Berkaitan

Gambar hiasan oleh Saeed Karimi - Unsplash
Keluarga

Menyibuk biarlah bertempat

Disember 4, 2024
24
Gambar hiasan oleh Ibrahim Uz - Unsplash
Agama dan Moral

Usah biar badal haji kita di ’bedal’ mereka

Mei 13, 2025
39
Gaza perlukan pembelaan pemimpin negara Islam. Gambar oleh Mohammed Ibrahim - Unsplash
Agama dan Moral

ِApakah lagi yang ditunggu oleh Negara dan Umat Islam?

April 24, 2025
27
Artikel Berikutnya
Md Amin (hadapan, kiri) menunjukkan dokumen MoU yang telah ditandatanganinya bersama Dr Hasan pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara YADIM dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

UPSI antara 27 IPT meterai MoU dengan YADIM, perkasa agenda dakwah melalui pendidikan

Gambar hiasan oleh Evelyn Geissler - Unsplash

Banjir kilat, ancaman senyap terhadap ekosistem dan biodiversiti bandar

Zoo Taiping - Photo by NSTP

Zoo Taiping, hentian warisan dan nadi konservasi

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Ikuti Kami

  • 1.2k Pengikut

Disyorkan

Harga RON97 naik 5 sen, RON95 dan Diesel tidak berubah

Harga RON97 naik 5 sen, RON95 dan Diesel tidak berubah

1 tahun yang lepas
10
Foto dari James T - Unsplash

Malaysia kekal destinasi pilihan pelancong Eropah, tempat keempat dalam carian percutian musim panas Agoda

11 bulan yang lepas
25
Photo by Bernama.

Tengku Zafrul: Halal Malaysia Industrial Parks has attracted RM16 bln investments so far

4 tahun yang lepas
14
Md Amin (kanan) dan Jefri (kiri) ketika menandatangani dokumen MoU sambil disaksikan oleh Mohammed Taufiq ditandatanganinya pada majlis berkenaan di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.

UPSI, MSN meterai MoU perkasakan atlet, persiapan awal Sukan SEA 2027 bermula

3 bulan yang lepas
54

Instagram

  • Dari rintik kecil pada 2005, Hujan kini menjadi gelombang besar yang membasahi industri muzik Malaysia dan Nusantara. 🌧

20 tahun perjalanan, penuh cerita, emosi dan kenangan — kini tiba masanya untuk kita raikan bersama dalam satu malam istimewa.

🎟 Tiket mula dijual Jumaat, 10 April, 3 petang di Ticket2U
📍 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil
🗓 27 Jun 2026 | 8.30 malam

#hujan20tahun #hujan #indie #konsertlokal  #raingers
  • “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini. 

Ikhlas dari Akses Malaysia.

#Ramadan #Ramadan1447 #Ramadan2026 #AksesMalaysia
  • Selamat Tahun Baru Cina 2026 buat semua rakan-rakan yang menyambutnya! Semoga tahun Naga ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, dan kemewahan yang melimpah-ruah buat kita semua. Gong Xi Fa Cai! 
#SelamatTahunBaruCina #GongXiFaCai2026 #CNY2026 #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
  • Seluruh warga Akses Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua pembaca yang telah berjaya mencapai azam tahun lepas. Kalau tak berjaya, kita cuba lagi dengan azam tahun ini. Kalau sudah 5 tahun mencuba (ya, awak yang merancang nak diet tu), tak apalah. Jangan kawan dengan azam dah. 

Sehubungan dengan itu, dengan iltizam dan amanah baharu, mari kita sambut tahun baharu dengan lebih yakin penuh martabat.
 
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.

#AksesMalaysia #MalaysiaMADANI #MADANI #TahunBaharu2026 #2026
  • Festival Irama Asli dan Asal 2025 akan berlangsung pada 12 hingga 14 Disember di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, menampilkan warisan masyarakat Orang Asli dan Orang Asal melalui persembahan tradisi, pameran kraftangan dan muzik asli. Acara anjuran YKOA dengan sokongan MOTAC itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan usaha memulihara budaya. Festival dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Berita penuh di aksesmalaysia.my
  • Selamat Hari Malaysia! 16 September 1963 menyaksikan lahirnya Malaysia hasil penyatuan Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu. Hari ini, kita raikan semangat perpaduan serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.

…

Hari Malaysia ialah hari kebangsaan yang disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada tarikh ini, Sabah, Sarawak, dan Singapura (ketika itu) bergabung bersama Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara Malaysia. Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, tarikh bersejarah ini kekal penting kerana ia menandakan kelahiran negara Malaysia yang kita kenali hari ini.

Yang disambut pada Hari Malaysia ialah:
• Penyatuan wilayah – Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu menjadi satu negara.
• Semangat perpaduan – meraikan kepelbagaian kaum, budaya, dan agama.
• Kemerdekaan bersama – mengekalkan keamanan, kestabilan, dan kemakmuran negara.

Sejak tahun 2010, Hari Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai cuti umum di seluruh negara, sama pentingnya dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

#HariMalaysia #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
  • Tengah survey rumah untuk raya ke tu?👀 SPNB ada buat promosi raya tau sekarang ... 
hanya unit-unit terpilih saje! Boleh check dekat media social SPNB atau contact number kat bawah ni untuk maklumat lebih lanjut. Jom Raya Bergaya dengan SPNB! 🌙✨

📞: 019 379 6400
☎️: 03 7849 2038
__
#SPNB #SPNBSalesOfficial #Unitetoignite #MalaysiaMadani #AksesMalaysia #GayaTravel #CutiCutiMalaysia
  • Jemputan Eksklusif | Media Roundtable: Misi Umrah 1,000 Asnaf

Satu sesi santai bersama ikhlas.com, menampilkan Ikhlas Kamarudin & Datuk Kamarudin Meranun untuk berkongsi pandangan dan membuka peluang kolaborasi bagi misi Umrah 1,000 Asnaf inisiatif untuk membantu 1,000 individu yang layak menunaikan umrah.

Tarikh: 18 April 2025 (Jumaat)
Masa: 3:00 – 5:00 petang
Lokasi: M Resort & Hotel, Bukit Kiara

#Umrah1000Asnaf 
#MediaRoundtable
#ikhlasDotCom
#CapitalA
#KolaborasiBermakna 
#InspirasiUmrah
#CSRMalaysia
#MisiKemanusiaan 
#BersamaBantuAsnaf
#AksesMalaysia
  • 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀

Nantikan drama khas terbitan Kerajaan Negeri Selangor, sebuah karya penuh emosi yang menggambarkan perjuangan, harapan dan jati diri anak Selangor. Disulami nilai kemanusiaan dan kekuatan komuniti, drama ini mengangkat semangat rakyat yang tidak pernah luntur. Inilah kisah kita. Inilah Semangat Kita, Selangor!

𝐓𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀🎬

📅 21 April 2025 (Isnin)
⏰ 9.00 Malam
📺 RTM 2

𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor𝗠𝗮𝗷𝘂𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮
#SeniBudayaCahayaNegeri
#AksesMalaysia

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Singapura Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
IKLAN

Sorotan Utama

FWD Malaysia rai pemenang hadiah utama kempen pelanggan

Malaysia Airlines kekal prestasi ketepatan masa melebihi 90 peratus sepanjang April 2026

UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

SME Corp peruntuk RM12 juta perkasa 500 usahawan belia Bumiputera

AirAsia X lakar sejarah dengan tempahan 150 pesawat Airbus A220

UM, UPSI tanam 300 pokok di Hutan Simpan Kenderong

Trending

MCVE 2026 teroka inovasi kenderaan komersial dan ESG 
Berita

MCVE 2026 teroka inovasi kenderaan komersial dan ESG 

oleh Akses Malaysia
Mei 14, 2026
0
6

Anthony Loke lancar MCVE 2026 yang memfokuskan ESG dan inovasi pengangkutan jalan raya sebagai pameran kenderaan komersial...

MPOC Shanghai

Malaysia sasar minyak sawit sebagai penggerak strategik pertumbuhan industri masa hadapan bersama China

Mei 14, 2026
4
CelcomDigi Young Talent Programme (YTP)

CelcomDigi cari 20 bakat muda Malaysia sertai Program Bakat Muda

Mei 14, 2026
6
FWD Takaful

FWD Malaysia rai pemenang hadiah utama kempen pelanggan

Mei 12, 2026
13
Malaysia Airlines

Malaysia Airlines kekal prestasi ketepatan masa melebihi 90 peratus sepanjang April 2026

Mei 12, 2026
10

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

IKLAN

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,494)
    • Dunia (46)
    • Ekonomi & Niaga (409)
    • Kembara & Pelancongan (108)
    • Kesihatan (59)
    • Nasional (574)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (25)
    • Sekolah & Kampus (81)
    • Sosial (13)
    • Sukan (21)
  • Gaya Hidup (370)
    • Budaya (27)
    • Kembara & Pelancongan (142)
    • Pengajian dan Pendidikan (5)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (58)
    • Selera (31)
    • Seni & Hiburan (101)
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan (2)
  • Negeri (97)
    • Johor (5)
    • Kedah (1)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (3)
    • Negeri Sembilan (1)
    • Pahang (2)
    • Perak (12)
    • Pulau Pinang (2)
    • Sabah (5)
    • Sarawak (15)
    • Selangor (30)
    • Terengganu (1)
  • Rencana (297)
    • Agama dan Moral (38)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (36)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (49)
    • Keluarga (26)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (24)
    • Lestari (24)
    • Pendapat (6)
    • Pendidikan dan Kerjaya (42)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (13)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

MCVE 2026 teroka inovasi kenderaan komersial dan ESG 

MCVE 2026 teroka inovasi kenderaan komersial dan ESG 

Mei 14, 2026
MPOC Shanghai

Malaysia sasar minyak sawit sebagai penggerak strategik pertumbuhan industri masa hadapan bersama China

Mei 14, 2026
CelcomDigi Young Talent Programme (YTP)

CelcomDigi cari 20 bakat muda Malaysia sertai Program Bakat Muda

Mei 14, 2026
FWD Takaful

FWD Malaysia rai pemenang hadiah utama kempen pelanggan

Mei 12, 2026
Malaysia Airlines

Malaysia Airlines kekal prestasi ketepatan masa melebihi 90 peratus sepanjang April 2026

Mei 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Selamat datang!

Log masuk ke akaun anda di bawah

Lupa Kata Kunci?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log masuk

Add New Playlist

Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Utama
  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Sekolah & Kampus
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Melaka
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
  • Rencana
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.