KUALA LUMPUR, 7 Mac 2025 – Astro terus menghiburkan penonton dengan episod akhir Romeo Return, rancangan realiti yang menguji persahabatan lima jejaka Romeo dalam pelbagai cabaran unik.
Musim ini diakhiri dengan misi istimewa di Singapura, di mana mereka bersaing untuk meraih gelaran Romeo terbaik.
Disiarkan pada 27 Februari 2025, jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105), episod terakhir ini menyaksikan Azhar Sulaiman, Adam AF, Norman Hakim, Sham Visa, dan Eric Fuzi menjalankan misi selama dua hari satu malam di Kota Singa.
Mereka perlu menyelesaikan tiga cabaran dan mengumpul lima token khas Singapura bagi merebut ganjaran utama yang ditawarkan dalam rancangan ini.
Cabaran persahabatan di Kota Singa
Antara lokasi menarik yang menjadi medan cabaran adalah Merlion Park, Changi Experience Studio, Skypark Sentosa, dan Xcape Singapore. Para Romeo bukan sahaja menguji keupayaan diri tetapi juga persahabatan yang telah terjalin sepanjang musim ini.
Sebagai ganjaran, peserta yang berjaya menyempurnakan cabaran menikmati sajian istimewa di beberapa restoran mesra Muslim di Singapura, termasuk Restaurant Aisyah, Segar Restaurant, dan Permata Singapura. Episod akhir ini turut dibawakan khas oleh Singapore Tourism Board selaku penaja utama.
Bagi yang terlepas episod ini, Romeo Return boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka. Penonton juga boleh melanggan Pakej Astro One yang menawarkan hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga.
Untuk maklumat lanjut atau melanggan Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-95433838.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.