KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2024 — Agoda telah mengenal pasti lima destinasi di Asia yang sesuai untuk pekerja jarak jauh. Antara ciri-ciri yang dikenal pasti termasuklah keindahan alam, keseronokan bandar, dan suasana pantai yang santai; memenuhi pelbagai cita rasa profesional yang bekerja dari jauh.
Senarai ini dikeluarkan oleh Agoda berikutan semakin banyak syarikat telah memperkenalkan dasar “kerja dari mana-mana” yang memberi peluang kepada pekerja untuk kekal produktif sambil menjelajah tempat baru.
Malah Agoda sendiri mempunyai program seumpama ini yang membolehkan pekerjanya bekerja dari luar kawasan bertugas selama empat minggu setiap tahun; ternyata mendapat sambutan hangat dari pekerja-pekerjanya.
“Antara misi utama Agoda adalah untuk menyediakan kemudahan bagi pengembaraan dan pelancongan, dan destinasi yang tersenarai menawarkan gabungan yang sempurna antara kerja dan hiburan. Sama ada anda suka pantai atau bandar, Agoda pasti ada untuk melancarkan perancangan bekerja sambil melancong anda,” kata Krishna Rathi, Pengarah Kanan Negara Agoda bagi Subbenua India.
Lima destinasi yang dikenal pasti terbaik untuk bekerja jarak jauh:
Goa, India – Terkenal dengan pantai indah dan gaya hidup santai, Goa menyediakan banyak kafe dan ruang kerja bersama. Cuaca yang nyaman menjadikan aktiviti luar lebih menyeronokkan, manakala pengembara solo boleh menikmati budaya unik dan hiburan malamnya.
Yokohama, Jepun – Bandar ini memilik gabungan tradisi dan moden, dengan banyak ruang kerja bersama dan internet berkelajuan tinggi. Iklim sederhana dan taman yang indah menambah daya tarikan, manakala jaraknya yang dekat dengan Tokyo memudahkan perjalanan.
Bali, Indonesia – Pulau tropika ini menawarkan suasana santai dengan komuniti pekerja jarak jauh yang berkembang pesat. Kafe dan ruang kerja bersama banyak tersedia, dan pengunjung boleh menikmati kekayaan budaya dan keseronokan aktiviti pantai.
Chiang Mai, Thailand – Terkenal dengan kos sara hidup yang rendah dan komuniti ekspatriat, Chiang Mai menawarkan internet pantas dan kafe menarik. Cuaca yang nyaman hujung tahun menambah tarikan bagi mereka yang mahu bekerja sambil menerokai budaya tempatan dan alam semula jadi.
Kuala Lumpur, Malaysia – Sebagai bandar dinamik, Kuala Lumpur mempunyai banyak ruang kerja bersama dan kafe yang sesuai untuk bekerja jarak jauh. Tarikan budaya dan pusat membeli-belahnya menawarkan banyak peluang untuk diterokai, manakala pengangkutan awam yang cekap memudahkan pergerakan di sekitar bandar.
Agoda menyediakan lebih 4.5 juta penginapan, 130,000 laluan penerbangan, dan lebih 300,000 aktiviti yang boleh ditempah serentak. Untuk maklumat lanjut dan merancang pengembaraan kerja jarak jauh, layari laman web Agoda .