LANGKAWI, Malaysia – Langkawi Kitchen terletak di dalam keindahan hutan hujan tropika berusia lebih 10 juta tahun di The Ritz-Carlton, Langkawi. Bermula Februari hingga Mac 2026, resort ini memperkenalkan ‘Selera Tradisi’, hidangan istimewa bagi meraikan seni masakan warisan Malaysia melalui lebih 300 menu yang disusun khas sepanjang bulan.
Tiga orang chef tempatan, Chef Hafiz, Chef Syafiq, dan Chef Shafizee, diberikan tanggungjawab untuk mempersembahkan hidangan dengan kepelbagaian rasa asli yang pelanggan jarang temui di tempat lain.
Setiap hidangan yang disajikan kali ini membawa cerita tersendiri dengan mengambil ilham daripada pengalaman peribadi serta resipi turun-temurun setiap chef yang terlibat.

Jalan cerita Selera Tradisi
Chef Hafiz yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam bidang masakan menonjolkan keaslian rasa Melayu melalui Kambing Bakar Berempah bersama Nasi Kebuli. Sajian ini menggabungkan aroma rempah tradisi dengan sentuhan Timur Tengah yang memikat.
Sementara itu, Chef Syafiq mempamerkan kepakarannya dalam menyediakan sajian kerabu yang menyelerakan dan penuh karakter seperti Kerabu Daging Bakar dan Kacang Kelisa.
Melengkapkan lagi pilihan yang ada, Chef Shafizee dari Sarawak pula memasak Ayam Pansuh secara perlahan di dalam buluh bagi mengekalkan keaslian jiwa Borneo melalui gaya penyediaan yang lebih kontemporari.

Komitmen lestari
Selain menekankan aspek rasa, Langkawi Kitchen turut menunjukkan komitmen tinggi terhadap kelestarian alam. The Ritz-Carlton, Langkawi memperoleh hampir 80 peratus sumber bahan mentah daripada pembekal serta pengusaha pertanian tempatan di sekitar Pulau Langkawi.
Usaha ini bukan sahaja menjamin kesegaran bahan dalam setiap hidangan, malah turut memperkukuhkan sokongan terhadap ekonomi komuniti setempat.
Sehubungan dengan itu, The Ritz-Carlton, Langkawi mempelawa tetamu yang berkunjung untuk menyertai sebuah eksplorasi rasa sambil meraikan tradisi malar segar Malaysia dan mencipta memori yang sukar dilupakan sepanjang musim perayaan ini berlangsung.

The Ritz-Carlton, Langkawi menawarkan sajian buffet Selera Tradisi ini bermula 19 Februari hingga 20 Mac 2026, pada setiap hari Khamis hingga Isnin, dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Harga tawaran adalah RM198 untuk dewasa dan RM99 untuk kanak-kanak. Pelanggan yang membuat tempahan awal antara 4 hingga 10 Februari berpeluang menikmati diskaun sehingga 20 peratus, manakala pelanggan yang membuat tempahan dari 11 hingga 18 Februari pula layak menerima diskaun sebanyak 15 peratus.
Juadah sahur berkhasiat
Bagi tetamu yang menginap di resort dan menjalani ibadah puasa, pihak hotel meneruskan pengalaman citarasa ini dengan menyediakan sahur berkhasiat untuk membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari.
The Ritz-Carlton, Langkawi menawarkan dua pilihan set mewah iaitu Set Helang yang merangkumi hidangan tradisional seperti Satay Panggang, Kari Ikan Tukun Babau, dan Rendang Itam, serta Set Hornbill yang menampilkan gabungan moden seperti Egg Shakshuka dan Rosemary Chicken. Selain itu, set sahur berkhasiat ini turut ditawarkan bersama buah-buahan segar, kurma, serta pilihan minuman panas dan sejuk dalam setiap set tersebut.
Pihak resort menyediakan perkhidmatan sahur ini setiap hari bermula 19 Februari hingga 20 Mac 2026 pada harga RM240 setiap set bagi bilik yang tidak merangkumi sarapan. Untuk memastikan keselesaan, tetamu perlu membuat pesanan sebelum jam 10.00 malam bagi membolehkan pihak hotel membuat penghantaran terus ke bilik seawal jam 3.00 pagi keesokan harinya.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keunikan ‘Selera Tradisi’ yang menyatukan warisan dan kemewahan dalam satu destinasi yang memukau. Sama ada anda merancang percutian keluarga atau sekadar ingin menikmati hidangan yang istimewa, layanan bertaraf dunia di The Ritz-Carlton, Langkawi pasti menjanjikan kepuasan yang tiada tandingan. Hubungi pihak resort sekarang untuk mengesahkan tempat anda dan nikmati kehebatan citarasa Malaysia dalam suasana yang cukup eksklusif.
Orang ramai yang ingin membuat tempahan atau pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak resort melalui pesanan WhatsApp di talian +6017 573 7001 atau menghantar e-mel ke restaurant.langkawi@ritzcarlton.com.

Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.















































