• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Ahad, 13 September 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz

    Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

    Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

    Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

    MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

    Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

    1,500 penari akan meriahkan Colours of Parade sempena Citrawarna Speed Festival 2026

    Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

    Muzium Alam Semula Jadi dan Aquaria KLCC pamer spesimen awetan dan hidupan marin

    Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

    JAKOA mengiktiraf pencapaian 177 murid Orang Asli yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025

    JAKOA iktiraf kejayaan akademik murid Orang Asli melalui Anugerah Murid Cemerlang

    Malaysia-India perkukuh kerjasama dalam keterjaminan makanan

    Malaysia, India perkukuh kerjasama dalam keterjaminan makanan

    Tourism Malaysia perkukuh kerjasama industri di Riyadh

    Tourism Malaysia perkukuh kerjasama industri di Riyadh

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Chang Lih Kang ketika melawat stesen baharu GSWMS

    MOSTI perkukuh sistem amaran awal sinaran di perairan negara

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    DUA LAYAR – Selebriti ke Kanvas meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026

    Balai Seni Negara pamer karya selebriti tempatan di Festival Budaya Malaysia 2026

    Hope yang mula ditayangkan di Korea Selatan pada 15 Julai 2026 telah mencatatkan kejayaan pecah panggung

    Filem sci-fi seram Korea ‘Hope’ arahan Na Hong-jin mula ditayangkan di pawagam Malaysia 10 September

    Siri pertandingan realiti pengembaraan original terbaharu, ‘AXN Ultimate Challenge: Sarawak’, bagi mempromosikan keunikan Sarawak ke peringkat antarabangsa.

    KC Global Media, AXN Asia dan Lembaga Pelancongan Sarawak lancar siri realiti ‘AXN Ultimate Challenge: Sarawak’

    2AM buka kedai pertama di Malaysia bawa teknologi kasut cetakan 3D

    2AM buka kedai pertama di Malaysia bawa teknologi kasut cetakan 3D

    Dokumentari Always Lalisa arahan Sue Kim itu bakal menemui penonton di layar perak berikutan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) 2026.

    Dokumentari “Always Lalisa” tayang di IMAX dan pawagam seluruh dunia bermula 12 Oktober

    Urbanscapes mengumumkan kembalinya festival seni dan reka bentuk terpanjang di Malaysia selepas tujuh tahun.

    Urbanscapes kembali mewarnai Kuala Lumpur selepas tujuh tahun menghilang

    Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

    Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Barisan VIP (belakang, lapan dari kiri): Ketua Penolong Pengarah Kanan TVET, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Abdul Karim Masiran; Ketua Pegawai Sumber Manusia QSR Brands, Dr. Sharifah Musainah Syed Alwi; Pengarah Kolej Vokasional Pagoh, Abd. Rahim Razali; Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd. Sani dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan, Nor Asmah Daud.

    QSR Brands, Yayasan JCorp lahirkan 37 lagi graduan berkemahiran di bawah Program Akademi Dalam Industri (ADI)

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Home Rencana Pendidikan dan Kerjaya

Pelaburan kesihatan remaja, langkah awal membina pemimpin masa depan

Dr. Siti Idayu Hasan and Dr. Shazwani Mohamad by Dr. Siti Idayu Hasan and Dr. Shazwani Mohamad
Ogos 12, 2026
in Pendidikan dan Kerjaya, Rencana
Reading Time: 6 mins read
0 0
A A
0
Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen Universiti Malaya terhadap pemerkasaan agenda pembelajaran berasaskan pengalaman.

Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen Universiti Malaya terhadap pemerkasaan agenda pembelajaran berasaskan pengalaman.

Share on FacebookShare on Twitter

Usaha membina generasi muda yang sihat, berdaya tahan dan bersedia memimpin masa depan negara perlu bermula dengan pendidikan kesihatan yang dekat dengan komuniti. Semangat inilah yang menjadi asas kepada pelaksanaan program WIRA, iaitu Warrior Initiative for Resilience and Health Advancement, yang mengangkat tema Strong Body, Resilient Mind, Future Leaders. Program berimpak tinggi ini telah dijayakan dengan kerjasama Maktab Tentera Diraja (MTD) pada 16 Mei 2026.

Inisiatif ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada latihan lapangan bagi 23 orang pelajar Sarjana Kesihatan Awam daripada Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Ia turut melibatkan penyertaan aktif daripada kira-kira 400 orang pelajar MTD, barisan kakitangan Universiti Malaya, serta rakan pelaksana strategik daripada pelbagai agensi dan institusi.

Program WIRA memberi tumpuan kepada peningkatan literasi kesihatan remaja, pembentukan amalan gaya hidup sihat, pengukuhan daya tahan mental dan pemerkasaan kendiri pelajar supaya mereka mampu membuat keputusan kesihatan dengan lebih bijak.

ADVERTISEMENT

Pada masa yang sama, program ini menjadi ruang pembelajaran lapangan yang berharga kepada pelajar Sarjana Kesihatan Awam untuk menterjemahkan teori yang dipelajari di bilik kuliah kepada amalan kesihatan awam bersama komuniti.

Remaja merupakan kelompok penting dalam pembangunan negara kerana fasa ini membentuk identiti, nilai kendiri dan tabiat hidup seseorang. Amalan seperti pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, tidur yang mencukupi, pengurusan stres, penjagaan kesejahteraan mental dan kebersihan diri, serta keupayaan untuk mengelakkan tingkah laku berisiko tinggi akan memberi kesan jangka panjang terhadap kualiti kesihatan mereka apabila dewasa.

Selari dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya,” segala bentuk usaha pencegahan di dalam kerangka kesihatan awam sememangnya perlu bermula seawal peringkat usia muda. Pelaksanaan pendidikan kesihatan pada peringkat remaja bukan sahaja berfungsi untuk meningkatkan tahap pengetahuan mereka, malah ia berupaya membina asas tingkah laku yang sihat sebelum sebarang masalah kesihatan kronik berisiko menjadi lebih serius pada masa hadapan.

Oleh itu, setiap mesej kesihatan kepada remaja perlu diolah secara praktikal, interaktif dan sesuai dengan realiti kehidupan harian mereka. Perkongsian maklumat sahaja tidak mencukupi; remaja perlu dibimbing dari segi fizikal dan emosi untuk memahami risiko, membina keyakinan diri dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Melalui penganjuran program WIRA, pelajar Sarjana Kesihatan Awam terlibat secara langsung dalam fasa perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti bersama komuniti MTD. Mereka dilatih mengenal pasti isu kesihatan yang relevan, menyediakan bahan pendidikan, merancang kaedah penyampaian, mengurus aktiviti, berkomunikasi dengan kumpulan sasaran dan bekerjasama dengan pelbagai pihak.

Pengalaman lapangan ini penting dalam membina kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, mengukuhkan keupayaan menyelesaikan masalah dan pelaksanaan program sosial. Secara tidak langsung, inisiatif ini membantu melahirkan bakal profesional kesihatan awam yang kukuh dari segi teori akademik serta mampu memahami keperluan sebenar masyarakat di peringkat akar umbi.

Antara pengisian utama yang dijalankan termasuk pendidikan pencegahan vape, kempen kesedaran kesihatan mental, kesedaran tentang bahaya ketagihan digital, amalan pemakanan sihat, saringan kesihatan asas, pendidikan awal tentang penyakit kanser, langkah pencegahan penyakit berjangkit, demonstrasi Bantuan Hayat Asas atau Basic Life Support (BLS), serta penjagaan kecemasan. Program ini turut menyediakan sesi bimbingan pendidikan dan kerjaya kepada pelajar yang bakal melanjutkan pengajian selepas menamatkan Tingkatan Lima.

Pendekatan yang bersifat interaktif seperti penyediaan reruai pendidikan kesihatan, penganjuran kuiz pintar, sesi soal jawab secara terbuka, aktiviti perbincangan berkumpulan, serta teknik main peranan (role play) telah digunakan sepenuhnya bagi merangsang penglibatan aktif dalam kalangan pelajar MTD.

Melalui aktiviti main peranan, para remaja berpeluang memahami situasi kesihatan sebenar melalui lakonan senario harian, termasuk cara menghadapi tekanan rakan sebaya, teknik pengurusan stres, kaedah penggunaan media digital secara sihat, pemilihan menu makanan yang lebih baik, serta pembinaan keberanian diri untuk mendapatkan bantuan profesional apabila berhadapan dengan masalah kesihatan.

Kaedah pengajaran sebegini terbukti berjaya menjadikan pendidikan kesihatan lebih dekat dengan pengalaman hidup remaja. Ia membantu para peserta agar tidak sekadar menjadi penerima maklumat yang pasif, tetapi turut mendorong mereka untuk berfikir, berani bertanya, aktif berinteraksi, dan bijak mengaitkan mesej kesihatan dengan rutin kehidupan seharian.

Kejayaan pelaksanaan program WIRA ini juga turut didorong oleh sokongan padu daripada Jabatan Kesihatan Awam dan Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Unit Pembangunan Penyelidikan dan Pendidikan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, National Cancer Society Malaysia (NCSM), Klinik Khidmat, serta pertubuhan Insaf Murni.

Setiap rakan pelaksana strategik ini membawa kepakaran tersendiri yang unik dalam memperkukuh kandungan pengisian program, merangkumi aspek kesihatan fizikal, kesihatan mental, pencegahan penyakit kronik, penjagaan kecemasan di rumah, kesedaran bahaya kanser, sehinggalah kepada agenda pembangunan masa depan pelajar.

Di samping itu, pihak Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia turut memberikan sumbangan yang besar dalam program ini melalui penyediaan kemudahan perkhidmatan Klinik Gigi Bergerak, yang menawarkan saringan kesihatan pergigian secara percuma kepada para pelajar MTD.

Kehadiran kemudahan ini nyata memperkukuh komponen kesihatan menyeluruh dalam program WIRA serta memberikan pendedahan awal kepada para remaja mengenai betapa kritikalnya kepentingan penjagaan kesihatan oral sebagai sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat.

Menurut Dr. Siti Idayu Hasan, selaku Koordinator Kursus Promosi Kesihatan di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, beliau menegaskan bahawa program kemasyarakatan seumpama ini terbukti memberikan impak positif yang sangat besar kepada para pelajar universiti dan seluruh komuniti warga MTD.

Beliau menjelaskan bahawa program ini memberikan peluang emas kepada pelajar Sarjana Kesihatan Awam untuk menterjemahkan segala pembelajaran di dalam bilik kuliah kepada bentuk amalan kesihatan awam yang sebenar di lapangan.

ArtikelBerkaitan

Mungkin juga kita yang prejudis terhadap generasi muda

Debunking myths surrounding the migrant economy

Apabila kebebasan seksual menggugat jiwa dan rumah tangga

“Pelajar bukan sahaja terlibat dalam pelaksanaan aktiviti, tetapi mereka turut dilatih dalam aspek pengurusan perancangan program, teknik penyampaian mesej kesihatan, dan penilaian keberkesanan sesuatu program. Saya rasa bangga melihat komitmen, kreativiti dan kesungguhan mereka dalam melaksanakan aktiviti interaktif berkaitan pencegahan vape, kesihatan mental, ketagihan digital, pemakanan sihat dan saringan kesihatan,” katanya lagi.

Dr. Siti Idayu Hasan turut menambah bahawa program ini diharap dapat memberikan impak yang berkekalan kepada pelajar Promosi Kesihatan, para pelajar dan kakitangan MTD, serta seluruh rakan kerjasama rentas agensi yang terlibat. Inisiatif strategik sebegini bukan sahaja berjaya mengukuhkan kemahiran kepimpinan, komunikasi, kolaborasi, dan kemahiran pelaksanaan program dalam kalangan pelajar universiti, tetapi ia juga terbukti secara langsung meningkatkan tahap kesedaran kesihatan serta menyuburkan amalan positif di dalam ekosistem komuniti MTD.

Beliau turut menegaskan bahawa penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen Universiti Malaya terhadap pemerkasaan agenda pembelajaran berasaskan pengalaman, jaringan kerjasama rentas sektor, serta pembangunan profesional kesihatan awam masa depan yang berkemampuan untuk mencipta impak komuniti yang mampan.

Sementara itu, Ketua Pelajar Program WIRA, Dr. Shazwani Mohamad, berkata pengalaman berharga menyelaraskan program berskala besar sebegini telah memberikan satu bentuk pendedahan yang amat bermakna kepada para pelajar Sarjana Kesihatan Awam dalam memahami seluk-beluk pelaksanaan aktiviti kesihatan bersama komuniti.

“Program ini memberi pengalaman bermakna kepada kami untuk belajar merancang, melaksanakan dan menilai keberkesanan aktiviti kesihatan di lapangan. Kami juga belajar berkomunikasi dengan lebih berkesan, bekerja sebagai satu pasukan dan menyampaikan mesej kesihatan dengan cara yang lebih mudah difahami oleh pelajar MTD,” katanya.

Hakikatnya, kejayaan mutlak program WIRA telah membuktikan bahawa usaha menjaga kesihatan masyarakat memerlukan peranan dan komitmen bersama daripada pelbagai pihak. Pihak universiti menyumbang dari segi kepakaran akademik dan pengenalan pendekatan yang berasaskan bukti saintifik, pihak MTD pula menyediakan platform komuniti dan ekosistem yang ideal untuk pendidikan kesihatan remaja, manakala barisan rakan pelaksana memperkukuh program melalui sumbangan kepakaran khusus di dalam bidang masing-masing.

Secara keseluruhannya, program WIRA bukan sekadar aktiviti kesedaran kesihatan bermusim, tetapi satu pelaburan strategik jangka panjang dalam pembangunan modal insan dan kesejahteraan masyarakat. Program ini melatih pelajar Sarjana Kesihatan Awam menjadi pengamal kesihatan yang lebih kompeten, responsif dan berorientasikan komuniti, di samping memberikan manfaat langsung kepada remaja melalui peningkatan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran hidup sihat. Inisiatif seperti ini wajar diteruskan dan diperluas kerana ia membina jambatan antara ilmu dan amalan, antara universiti dan masyarakat, serta antara latihan profesional dan impak sosial. Dengan kerjasama pelbagai pihak, program seumpama ini berupaya melahirkan komuniti yang lebih celik kesihatan serta generasi profesional kesihatan awam yang bersedia memimpin perubahan ke arah masyarakat yang lebih sihat, berdaya tahan dan berwawasan.

Dr. Siti Idayu Hasan
Dr. Siti Idayu Hasan

Dr. Siti Idayu Hasan merupakan seorang Koordinator bagi Kursus Promosi Kesihatan di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel: idayuhasan@um.edu.my.

    Dr. Shazwani Mohamad
    Dr. Shazwani Mohamad

    Dr. Shazwani Mohamad pula merupakan calon Sarjana Kesihatan Awam merangkap Ketua Program WIRA di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

      Tags: literasi kesihatan remajaProgram WIRA Universiti MalayaUniversiti Malaya
      ShareTweetShareSend
      ADVERTISEMENT
      Previous Post

      Harga petrol dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos

      Next Post

      UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

      Artikel Berkaitan

      Peserta bersama-sama membantu ketika menuruni cerun
      Pendidikan dan Kerjaya

      Mengapa hiking lebih ‘power’ daripada team building biasa?

      Ogos 19, 2025
      30
      Malaysia’s fintech ecosystem is thriving, with more than 200 startups offering services in various sectors (Yong Chuan Tan - Unsplash)
      Ekonomi dan Niaga

      We are on the right track towards digital economy

      Oktober 22, 2024
      103
      Tentukan sama ada ianya kemahuan atau keperluan. Gambar hiasan oleh Nahrizul Adib Kadri - Unsplash
      Isu Semasa

      Mengimbangi keperluan dan kemahuan Raya

      Mac 28, 2025
      49
      Next Post
      UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

      UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

      Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

      Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

      VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

      VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

      Tinggalkan Balasan Batal balasan

      Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

      Sorotan Utama

      Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

      Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

      JAKOA iktiraf kejayaan akademik murid Orang Asli melalui Anugerah Murid Cemerlang

      Malaysia, India perkukuh kerjasama dalam keterjaminan makanan

      Tourism Malaysia perkukuh kerjasama industri di Riyadh

      MOSTI perkukuh sistem amaran awal sinaran di perairan negara

      Trending

      Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz
      Berita

      Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

      by Akses Malaysia
      September 11, 2026
      0
      13

      Tentera Houthi menguasai pelabuhan strategik Mocha di Laut Merah, Yaman, sekali gus melonjakkan harga minyak mentah Brent...

      Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

      Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

      September 11, 2026
      18
      MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

      Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

      September 11, 2026
      7
      1,500 penari akan meriahkan Colours of Parade sempena Citrawarna Speed Festival 2026

      Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

      September 11, 2026
      18
      Muzium Alam Semula Jadi dan Aquaria KLCC pamer spesimen awetan dan hidupan marin

      Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

      September 11, 2026
      5
      No Result
      View All Result
      ADVERTISEMENT
      Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz

      Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

      September 11, 2026
      Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

      Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

      September 11, 2026
      MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

      Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

      September 11, 2026

      Segmen

      • Berita
        • Dunia
        • Ekonomi & Niaga
        • Kembara & Pelancongan
        • Kesihatan
        • Nasional
        • Politik
        • Sains, Teknologi & Komunikasi
        • Sekolah & Kampus
        • Sosial
        • Sukan
      • Gaya Hidup
        • Aktif
        • Cipta Rasa
        • Ilmu
        • Kembara
        • Selera
        • Seni
        • Teknologi
        • Warisan
      • Negeri
        • Johor
        • Kedah
        • Kelantan
        • Melaka
        • Negeri Sembilan
        • Pahang
        • Perak
        • Pulau Pinang
        • Sabah
        • Sarawak
        • Selangor
        • Terengganu
      • Rencana
        • Agama dan Moral
        • Dunia
        • Ekonomi dan Niaga
        • Gaya Hidup
        • Inspirasi
        • Isu Semasa
        • Keluarga
        • Kesihatan dan Kesejahteraan
        • Lestari
        • Pendapat
        • Pendidikan dan Kerjaya
        • Sains, Teknologi dan Komunikasi
        • Sukan

      Topik

      AEON Agoda Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) Bursa Malaysia China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

      Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

      Ikuti kami di laman media sosial:

      ADVERTISEMENT

      Popular

      • NASI KANDAQ FEST

        10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

        0 shares
        Share 0 Tweet 0
      • Tradisi pelita panjut terus menyala

        0 shares
        Share 0 Tweet 0
      • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

        0 shares
        Share 0 Tweet 0
      • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

        0 shares
        Share 0 Tweet 0
      • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

        0 shares
        Share 0 Tweet 0

      Segmen

      • Berita (1,617)
        • Dunia (56)
        • Ekonomi & Niaga (423)
        • Kembara & Pelancongan (119)
        • Kesihatan (63)
        • Nasional (630)
        • Politik (102)
        • Sains, Teknologi & Komunikasi (32)
        • Sekolah & Kampus (88)
        • Sosial (19)
        • Sukan (28)
      • Gaya Hidup (388)
        • Aktif (3)
        • Cipta Rasa (1)
        • Ilmu (6)
        • Kembara (144)
        • Selera (35)
        • Seni (110)
        • Teknologi (58)
        • Warisan (28)
      • Negeri (105)
        • Johor (5)
        • Kedah (2)
        • Kelantan (1)
        • Melaka (4)
        • Negeri Sembilan (2)
        • Pahang (2)
        • Perak (14)
        • Pulau Pinang (3)
        • Sabah (6)
        • Sarawak (15)
        • Selangor (31)
        • Terengganu (1)
      • Rencana (310)
        • Agama dan Moral (39)
        • Dunia (9)
        • Ekonomi dan Niaga (37)
        • Gaya Hidup (6)
        • Inspirasi (9)
        • Isu Semasa (52)
        • Keluarga (27)
        • Kesihatan dan Kesejahteraan (26)
        • Lestari (25)
        • Pendapat (8)
        • Pendidikan dan Kerjaya (45)
        • Sains, Teknologi dan Komunikasi (15)
        • Sukan (2)

      Berita Terkini

      Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz

      Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

      September 11, 2026
      Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

      Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

      September 11, 2026
      MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

      Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

      September 11, 2026
      1,500 penari akan meriahkan Colours of Parade sempena Citrawarna Speed Festival 2026

      Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

      September 11, 2026
      Muzium Alam Semula Jadi dan Aquaria KLCC pamer spesimen awetan dan hidupan marin

      Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

      September 11, 2026
      • Tentang Kami
      • Dasar Privasi
      • Pengiklanan
      • Karier
      • Hubungi Kami

      © 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

      Welcome Back!

      Login to your account below

      Forgotten Password?

      Retrieve your password

      Please enter your username or email address to reset your password.

      Log In

      Add New Playlist

      No Result
      View All Result
      • Utama